"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami curang, amukan 'kerusi terbang' isteri di pusat vaksin

Hmetro 

Agensi

AKSI kerusi terbang di pusat vaksin apabila seorang isteri mendapati suaminya curang. FOTO Suara.com

AKSI kerusi terbang di pusat vaksin apabila seorang isteri mendapati suaminya curang. FOTO Suara.com

Jakarta: Ibarat babak dalam drama apabila seorang isteri menangkap kecurangan suaminya di pusat vaksin.

Kejadian itu menyebabkan aksi 'kerusi terbang' apabila wanita itu mengamuk selepas ditipu suaminya.

Portal Beritahits, Id melaporkan amukan isterinya di pusat vaksin itu menjadi tular di Instagram.

Namun, portal berkenaan tidak memperincikan lokasi insiden itu sebenarnya berlaku sama ada di Indonesia atau di luar negara.

Berdasarkan keterangan video, isteri dijadualkan untuk menerima vaksin di hari yang sudah ditentukan.

Namun, suaminya mengaku tidak boleh menghantar isterinya ke tempat vaksin.

"Romantika Covid-19, seorang suami mengatakan tidak boleh menghantar isterinya mengambil vaksin pada hari yang sudah ditentukan," menurut akuan instagram @peristiwa_sekitar_kita.

Difahamkan, wanita itu mengajak adiknya untuk menemani dirinya mengambil vaksin Covid-19.

Setibanya di tempat vaksin, dia melihat suaminya juga berada di sana.

Namun, dia tidak menyangka suaminya menemani wanita lain menyebabkan dia mengamuk di tempat vaksin.

Isteri bersama adiknya itu kemudian mengamuk habis-habisan dan bertindak menerajang suami dan 'skandal' kepada lelaki itu.

"Kemudian isteri mengajak adiknya menemani ke tempat vaksin.

"Eh di tempat vaksin itu ternyata sang suami datang bersama 'yang muda' lalu terjadilah perang," tulisnya.

Pusat pemberian vaksin itu kemudian berubah menjadi 'medan perang'.

Suami berusaha melindungi perempuan itu apabila beberapa kali menjauhkannya dari isteri dan adik wanita itu.

Sementara itu, perempuan berkenaan juga berusaha melindungi diri.

Ia melemparkan kerusi yang digunakan untuk beratur mengambil vaksin.

Keriuhan itu itu diwarnai dengan adegan membaling kerusi.

Lebih melucukan, anggota kesihatan di pusat vaksin itu hanya melihat insiden itu dalam keadaan terpinga-pinga.

Beberapa individu yang menunggu giliran untuk divaksin asyik menonton insiden berkenaan.

Tidak ada pihak yang berusaha meleraikan pergaduhan itu ketika keluarga itu 'berperang' di tempat vaksinasi Covid-19.

Sementara itu, insiden itu mengundang pelbagai reaksi netizen selepas rakaman kejadian tular di media sosial.

Tiada ulasan: