"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

HANGAT!!!! Laporan: Najib-Hadi bincang rampas S'gor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor sedang mengusahakan pakatan pilihan raya untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Memetik sumber, Straits Times Singapura mendakwa kedua-dua pemimpin Melayu itu “berhubung hampir setiap hari untuk tempoh beberapa bulan”.

Laporan itu juga menyebut bahawa mereka sering berbual dalam telefon selepas Hadi selesai menjalani pembedahan jantung Mei lalu.

Untuk merampas Selangor, kedua-dua parti itu dilapor memerlukan calon berwibawa untuk memimpin pentadbiran negeri itu.

Percubaan juga dikatakan telah dibuat untuk membawa kembali bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR.

“Beliau telah beberapa kali dilihat di Pejabat Perdana Menteri (PMO) akhir-akhir ini,” kata sumber.

Dalam reaksi bertulis Straits Times, Khalid mengesahkan memang ada bertemu dengan pemimpin PAS dan Umno dan parti-parti lain juga.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan itu berkata “perbincangan dibuat adalah demi kebaikan rakyat”.

“Sebagai (wakil) bebas, saya ada kebebasan berjumpa dengan mana-mana parti. Untuk saya sendiri tiada rancangan untuk bertanding dalam pilihan raya depan.

“Saya berterima kasih PAS berdiri bersama saya sehingga habis. Tetapi buat masa ini tiada rancangan masuk parti lagi,” katanya.

PAS masih bergabung membentuk kerajaan Selangor walaupun di peringkat pusat, kedua-dua parti tidak lagi mempunyai kerjasama politik secara rasmi.

Sebelum ini Hadi berkata PAS tiada masalah bekerjasama dengan Umno dalam isu berkaitan Islam dan perpaduan Melayu.
-malaysiakini

Rakaman seorang wanita dibogelkan oleh sekumpulan remaja lelaki dalam sebuah bas

Wanita diserang secara seksual dalam bas


Rabat – Satu rakaman video seorang wanita muda diserang secara seksual oleh sekumpulan remaja lelaki dalam sebuah bas di Casablanca mencetuskan kemarahan dan perdebatan di Maghribi.


Video dimuat naik di media sosial pada Ahad lalu, memaparkan empat remaja lelaki mencabul secara seksual seorang wanita sambil ketawa, mengoyakkan pakaiannya serta menghinanya dalam bahasa Arab.

Menurut pihak berkuasa, wanita itu yang mempunyai masalah pembelajaran, dilihat menangis sambil meminta bantuan, namun tiada seorang pun penumpang atau pemandu campur tangan.

Gangguan seksual dan penderaan wanita berleluasa di Maghribi dan tinjauan di seluruh negara mendapati, hampir dua pertiga wanita pernah diganggu secara fizikal, psikologi, seksual atau domestik.

Awal bulan ini, rakaman video menunjukkan sekumpulan lelaki mengganggu seorang wanita di sebatang jalan di Tangier menimbulkan kekecohan di media.

Isnin lalu, pihak berkuasa Maghribi berkata, mereka menahan enam remaja lelaki berusia 15 tahun hingga 17 tahun untuk disiasat berhubung kejadian itu.
-kualalumpurpost

Tukar agama lepas ada masalah kewangan

WARTAWAN SINAR HARIAN
BALING - Kerana kesempitan hidup menyebabkan seorang bekas anggota keselamatan beragama Islam menukar agamanya kepada Kristian pada Februari tahun lalu.


Walau bagaimanapun dia yang hanya ingin dikenali sebagai Fauzan, 51, yang sebelum ini tinggal di Kuala Lumpur kini menyedari kesilapannya dan kembali kepada ajaran Islam.

Menceritakan pengalaman pahitnya itu, selepas dinasihatkan majikan supaya berhenti kerja, kehidupannya menjadi tidak tentu arah akibat masalah kewangan dan keluarga.

"Bos suruh saya berhenti lepas tak dapat fokus kepada kerja. Pada 2016 saya bersara dan dibayar wang bersara awal pada Februari tahun sama.

"Duit memang cukup untuk saya dan keluarga tapi isteri kawal semua duit untuk cantikkan rumah, beli-belah dan berfoya-foya dengan lelaki lain. Anak pun tak hormat ayah mereka sendiri," katanya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan menceraikan isterinya.

"Bila bercerai, hidup saya lagi tak terurus. Nak makan pun tak ada duit.

"Waktu itu saya tak tahu nak mengadu dekat siapa. Hasil usaha keras nak tampung hidup, saya bekerja di kedai bundle," katanya.

Fauzan berkata, pada Mac, seorang wanita Iran yang datang ke kedai itu menegur keadaannya yang tidak terurus.

"Lepas itu tiga kali saya jumpa perempuan itu sebelum dia bawa saya ke gereja.

"Setiap kali jumpa, dia bagi saya duit dalam RM200 ke RM300. Masa pertemuan keempat, dia minta saya minum air yang disediakan. Saya ikut saja, tak bantah. Lepas itu dia isytiharkan saya dah peluk Kristian," katanya.

Lelaki berasal dari Bukit Mertajam berkata, beberapa bulan selepas itu dia berjumpa dengan seorang ustaz bagi meminta nasihat.

“Ustaz itu minta saya bertaubat dan ucap semula dua kalimah syahadah. Bermula dari situ, saya tinggalkan Kuala Lumpur dan dalami ilmu agama di sekitar Baling,” katanya.