"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak KP Harakah Ahmad Lutfi Othman di ICU, masih kritikal

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - "Tak banyak berubah. Masih kritikal. Kami mohon semua moga sudi doakan Syafiq sembuh."

Demikian kata Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman kepada Harakahdaily sebentar tadi berhubung keadaan kesihatan anak ketiga beliau, Ahmad Ikmal Syafiq, 13 yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang, dekat sini.

Shafiq, telah dimasukkan ke Hospital Ampang pada malam 11 Mei akibat demam denggi berdarah yang berlarutan selama lebih lima hari dan dipindahkan ke ICU kerana kritikal sejak tiga hari lalu.

"Kami risau keadaannya yang sudah lapan hari tidak mahu makan. Tubuhnya tak bermaya. Doakanlah dia pulih semula," kata Lutfi melalui sistem pesanan ringkas kepada Harakahdaily pagi ini.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh adalah antara yang turut hadir bersama warga kerja Harakah menziarahi anak beliau baru-baru ini.

Harakahdaily meminta jasa baik semua pihak yang turut bersimpati untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan anak Lutfi agar pulih sedia kala. 

Ayuh Marilah Kita Bantu Sahabat Blogger Kita ini...

BUKIT SAMA DI DAKI, LURAH BERSAMA DI TURUNI. 

Walau di dalam apa-apa keadaan, yang Allah saji dan ujikan kepangkuan saya, dan sesiapa sahaja yang kita sifatnya hamba Allah, semuanya wajib kita menerima dan menghadapinya dengan hati nurani yang terbuka, tabah sabar rela dan redza. Tampa untuk melibatkan sesiapa dalam untuk bergandingan mengharongi musibah, apa-apa jua jenis musibah. Contohnya saya mengalami ketika melayari blog dengan tatkala satu rencana tentang PR. Khususnya YAB MB DS Ir Nizar jam 9.00 pagi Isnin 12 Mei, 2009 ke pejabat MB dan ke Istana Kuala Kangsar. Saya juga gusar dan mengeletar mengikuti info ketika itulah juga bertembong dalam masa yang sama, Zambry Cambry 150cc dengan paduan UM No-BN + Kerajaan Pusat bersungguh bergandingan ke Mahkamah.

Mereka berusaha untuk mendapatkan penangguhan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Khas pengesahan kelmarin YAB DS Ir Nizar Jamaluddin adalah MB sah ditangguhkan dahulu dengan perentah mahkamah juga. YA Datuk Ramly Ali saya mengenalinya sejak beliau menjadi Pendaftar Syarikat Malaysia kira-kira 15 – 18 tahun dahulu. Zambry memperolehi penanggohan dalam permohonannya dalam masa kilat diuruskan oleh Mahkamah dan Peguam negara, amat pantas lagi memberansangkan dan cukup fantastik. Ketika itulah talihayat telepon dan internet saya ditamatkan sebab bekaitan dengan fee semasa dan fee tertonggak. Saya tidak terkejut tetapi kesal kerana tidak berupaya secara syarai melangsaikan fee tersebut.

Ketika itulah matinya talian internet saya, sememangnya pasti tindakkan tersebut dari TM tidak mampu terdaya di hadapi saya. Maka terputuslah dunia dan negara dengan saya sebagai penghubung dan pengikat dengan pembaca. Kini saya vacium dan lompong info, maklumat dan lebuharaya di arena blog, Subhanallah. Saya biarkan ganguan itu tanpa saya membelek-beleknya lagi. Sekali kita menulis dan menjadi tegar internet teman kita dalam pembelaan kerajaan PR dan amat saya tumpukan adalah di Perak, Kedah, Pulau Pinang, melalui lebeh dari 130 rencana, gurindam khusus dalam mempertahankan, memberi pendapat, menghadapi lawan kita UM No-BN bersekali pimpinan utama mereka. Kini, semuanya akan terhenti, entahlah untuk sementara atau tempoh kekal.

Sebelum matinya hayat internet saya, saban hari dua atau tiga email saya menerima sokongan pujian diatas konsistannya saya memaparkan artikal, rencana yang berfakta sejak tahun 1970 hingga kini dari pembaca pelbagai kedudukan, dari pengikut-penyokong PR dari ketiga-tiga parti. Mereka memuji gurindam-pantun yang mantab dari saya Serta serta dengan hujah dan sejarah yang dipaparkan menjadi sejarah dan maklumat baru dalam banyak perkara dengan bahasa yang tidak lucah dan terlalu kasar. Itulah anjakkan sokongan dari pembaca yang saya menerimanya, Alhamdulillah. Mereka mendakwa dan banyak maklumat politik lama yang mereka dapat, hasil membaca blog saya. Syukran.

Mereka memberi pujian kerana memberi sokongan padu yang berterusan dalam memantapkan PR khasnya PAS, PKR dan DAP. Cuma dikalangan lebeh dari 130 rencana Cuma 3 atau 4 sahaja rencana yang menghala komen positif kedalam. Tak kurang hebatnya bila saya menerima email ancaman sederhana dan berat diatas rencana saya keluarkan dalam blog dan menanggung menghadapi semua resikonya dari lawan kita juga pehak kroni immuniti dikalangan UM NO-BN. Segala pahit maung bukan setakat dihadapkan; tetapi saya makan jamah bersekali dengan racun-racun tanpa menghirau terhadap kesan akibatnya. Kita berdepan dengan amaran dan halangan memaparkan maklumat semasa dalam hemat dan pertimbangkan kita, ianya benar dan tidak mengundang fitnah.

Saya fokaskan mendada mempertahankan PR dan blog saya mensasarkan kepangkuan UM NO-BN dan keatas pemimpin perdana mereka. Dengan tamatnya blog saya, pasti pemimpin UM No-BN bergembira dan kerana blog saya mati kerana hayat internet tidak mampu lagi saya menguruskannya. Mereka yakin sebelum ini, saya Ibn Abdullah Al Awab mendapat tohmohan kununnya saya mendapat dan menerima upahan dana besar dari pehak PAS, PKR sebab itulah saya tegar dan serius mempertahankan kerajaan PR di negeri kita memerentah saban hari. Serta saya jua mendapat email dari pehak lawan kita agar saya hentikan menulis dalam blog menghentam UM NO-BN dan pemimpin perdana mereka. Semuanya tidak menjadi kudis dan halangan, semuanya saya menghadapi tekanan dan ugutan, saya sabar dan tidak kesah dengan itu kerana saya lalui lama dan lali dengan ugutan.

Semalam 12 Mei 2009 jam 9.00 pagi, lawan saya UM NO-BN mencapai kemenangan besar kerana terpaksa saya memberhenti berkarya berencana dalam blog. Tetapi kemenangan mereka perolehi, difaktorkan saya tidak dapat meneruskan minda menulis dalam blog menghadapi UM NO-BN dan fokaskan pemimpin utama mereka , bukan kerana saya bacul, pengecut, pondan atau bapok. Tetapi disebabkan kefakiran dan sudah saya menemui jalan hujung tidak lagi berupaya untuk menjelaskan fee bil telefon, bil internet, maka semuanya telah dinafikan oleh TM menerusi BIL TELEFON & MULTIMEDIA semalam.

Sebagai orang tua mengidap astha-lelah tegar 20 tahun berjuang dan isteri menghadapii barah teroid, ini amat perlu pembiayaan perubatan tidak saya pergunakan untuk membayar bil TM, resikonya tinggi kalau cuba dibuat. Ketika-ketika inilah air mata berderai dan malam tadi saya mengadu dengan Allah tentang ini. Sesungguhnya saya umpama lilin, yang berdepan dengan tekanan dan ugutan melalui email balas kepada rencana dalam blog. Di atas kerasnya saya berlawan dengan UM-No-BN khususnya kepada pemimpn utama mereka. Saya menangis tersedu kerana saya telah kandas untuk terus mempertahankan PR, PAS, PKR dan DAP, Hatta sepinya darisaya dalam memberi sokongan dan dukongan mefokaskan pula menghala ke PRK N.12 Penanti, semuanya terhenti.

Diatas fakta inilah saya kembali menemui pangkuan anda dikalangan PR: PAS, PKR dan DAP dan penyokong PR khususnya yang membaca dan mendapat sedikit sebanyak ilmu dan info dari blog saya. Apalah kiranya anda semua mengambil sikap “berat sama dipikul, ringan sama-sama di jinjing”, ‘bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat’. Agar membantu menampong untuk fee TMNet membolehkan saya Ibn Abdullah Al Awab untuk sambong menulis dalam blog menghadapi menangani di Perak dihadapi PR khususnya PRK N12 Penanti telah mungkin 3-4 rencana termasuk gurindam telah saya khidmatkan, Inshaallah. PRK Penanti itu yang kian hampir.

Sebagai orang tua menjangaku umur 60 tahun, bukanlah caranya orang tua bersaing dengan budak-budak mendapatkan internet di cybercafe. Justeru saya pintakan anak saya ke cybercafe memasukkan kedalam blog saya yang distokkan rencanya ini terlebeh dahulu didalam pendrive. Kini malu merentasi keperluan yang kita wajar tangani bersama dalam menghadapi UM No-BN. Disebabkan saya rasa Allah anugerahkan ketajaman dan fokas dalam menghadapi dan mematahkan hujah musoh kita UM No-BN, kiranya anda pembaca khususnya pemimpin PAS, PKR dan DAP, bantulah saya. Talian phoned dan hp cuma sehala (call in) dalam beberapa hari terbaki sahaja berfungsi, saya rasa begitulah.

Sila rujuk dalam semua rencana dan artical saya dalam tempoh 6 bulan melalui lebeh 130 rencana, anda bacalah kembali, apakah saya ini jenis pengkhianat kepada perjuangan PR: PAS, PKR dan DAP? Sekiranya anda semua dalam penyokong PR: dari PAS, PKR dan DAP, saya tidak pandai membuat rayuan sebagaimana orang/blogger lain. Justeru saya nyatakan dengan mudah keperluan bil tertonggak seperti dikembarkan, saya terpaksa melakukan merepair baiki ganti dan naik taraf laptop yang saya beli tunai dulu RM2,200 yang khusus saya gunakan untuk PRK Pengkalan Pasir di Kelantan dahulu yang calun PAS Haji Hanipa Ahmad kalah kepada UM No-BN Haji Hanapi Mamat tetapi dalam PRU12 Haji Hanifa menang pula. Sekarang saya sudah tidak ada apa-apa pendapatan, Cuma sekadar simpanan untuk berubat.

Setahun laptop ACER saya terperap di kelinik komputer. Pasti rosaknya dikesan pasti adalah motherbord dll katanya dan nak tingkatkan kuasa dan aktiviti. Termasuk untuk nak guna membolehkan fungsinya laptob/internet ketika setiap malam bersama teman untuk ke Penanti dari rumah di Kuala Ketil. 
Saya perlukan kira-kira RM1,000. Sekiranya pisang sesikat gulai sebelanga; tanda muafakat kerja bersama. Kalau itulah peka dan tanggungjawab disepadu diterjermahkan dikalangan kita, biarkanlah saya terus berkarya menghadapi lawan kita.

Untuk tempoh sehari dua ini, semua rencana saya tulis dan siapkan dalam simpanan dokumen computer/pendrive, sekiranya talian internet saya berfungsi disebabkan fee anda semua, saya akan tukarkan dari nama sekarang kepada 
TALIHAYAT UMMAH, itulah azam saya, Inshallah, Tegar lelah ini jalan baik adalah berkarya didepan laptop sekalipun disaat orang mendengkor. Mudah-mudahan mendapat perhatian dan ehsan demi dapat saya terus bertinta menghadapi lawan kita.

Salorkanlah dikalangan kita sikit saorang sadikit ke 
A/C No. 152031380740 – ZAKIAH (Maybank) atau A/C No. 0710029851730291 – ZAKIAH (BSN-Giro), Inshaallah bukan untuk pribadi hidup. Semuanya untuk saya gerakkan sambongkan talihayat talian tetap/internet sebelum diganti yang internet tanpa talian tetap dan baik pulih tarah laptop usang. Mudah-mudahan, janganlah semua anda mengiringi dengan tohmohan dan menghina dengan jalan keluar yang cuba saya sempurnakan ini. Untuk sekarang mungkin dalam seminggu ni sahaja talian sahala masuk lepas ni terus tidak berfungsi menghubungi 04 – 4037 134 / 016 4606 324 semuanya sama-samalah beramanah dan bertanggungjawab.

(Petang nanti, anak sayalah yang akan ke cybercafe untuk masokkan rencana ini untuk tatapan pembaca, Inshaallah). 

Sekurang-kurangnya dibawah ini saya kembangkan dengan minda dengan tajuk. Anda usah buang masa email saya sekarang kerana tidak ada tempat untuk melihatnya kerana internet blog saya tidak berfungsi.

http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/

KedahLanie : UNTUK MAKLUMAN SAHABAT INI MERUPAKA SALAH SEORANG PENYUMBANG ARTIKAL YANG SETIA KEPADA KEDAHLANIE... JADI KAMI PON TERHARU DENGAN APA YANG BERLAKU.. UNTUK NAK SUMBANG BANYAK KAMI JUGA MEMPUNYAI MASALAH SEPERTI BELIAU TETAPI SEANDAINYA KITA SEMUA PAKAT HULUR SEORANG SEDIKIT INSYA'ALLAH DAPATLAH KITA MERINGANKAN BEBAN BELIAU.... SEANDAINYA TIDAK MAMPU ANDA PANJANG2KANLAH ARTIKAL INI PON SUDAH MEMADAI...(14052009)

Sultan Kelantan Terjatuh, Dikejarkan Ke HUSM

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dekat  Kota Bharu hari ini kerana dipercayai serangan lelah. 

Baginda yang berumur 59 tahun dimasukkan ke hospital kira-kira jam 3 petang selepas dilaporkan terjatuh, lapor 
Bernama.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menziarahi baginda di wad diraja jam 4 petang dengan ditemani beberapa exco negeri. 

Ketika ditemui pemberita di HUSM selepas itu, Nik Abdul Aziz berkata, baginda berada dalam keadaan stabil. 

"Saya minta rakyat Kelantan mendoakan kesihatan baginda semoga baginda cepat sembuh," beliau dipetik berkata. 

Sehingga kini istana Kelantan belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca sakit baginda. 

Timbalan Pengarah Kanan Klinikal HUSM, Dr Rosdi Abdul Rahman berkata keadaan sultan kembali stabil tetapi enggan mendedahkan punca penyakit baginda.
-malaysiakini-