"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sultan Kelantan Terjatuh, Dikejarkan Ke HUSM

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dekat  Kota Bharu hari ini kerana dipercayai serangan lelah. 

Baginda yang berumur 59 tahun dimasukkan ke hospital kira-kira jam 3 petang selepas dilaporkan terjatuh, lapor 
Bernama.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menziarahi baginda di wad diraja jam 4 petang dengan ditemani beberapa exco negeri. 

Ketika ditemui pemberita di HUSM selepas itu, Nik Abdul Aziz berkata, baginda berada dalam keadaan stabil. 

"Saya minta rakyat Kelantan mendoakan kesihatan baginda semoga baginda cepat sembuh," beliau dipetik berkata. 

Sehingga kini istana Kelantan belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca sakit baginda. 

Timbalan Pengarah Kanan Klinikal HUSM, Dr Rosdi Abdul Rahman berkata keadaan sultan kembali stabil tetapi enggan mendedahkan punca penyakit baginda.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: