"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khalid tetap akan digugurkan sebagai MB Selangor - Shuhaimi Shafie

Post PicSHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap akan digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor apabila tiba masanya, tegas Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie.
Beliau berkata, keputusan berhubung perkara itu telahpun diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan pada 15 Januari lalu.

"Langkah Kajang diteruskan sehinggalah dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Setia City Convention Centre, dan kita akan masih meneruskan.

"Ketetapan kita ialah dalam mesyuarat 15 Januari itu, akan berlaku perubahan kepada Menteri Besar Selangor dan proses perubahan itu adalah bergantung kepada situasi semasa. Yang pasti, ia pasti akan berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor, di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini berhubung isu kedudukan Khalid yang dikatakan akan dibincangkan dalam mesyuarat BBC hari ini.

Bagaimanapun, Shuhaimi menafikan perihal Khalid dibincang dalam mesyuarat itu sebaliknya isu-isu pembangunan dan pentadbiran negeri yang diteliti kelab tersebut.

Perkara yang sama ditegaskan Ketua Kelab Penyokong (BBC) Kerajaan Selangor, Azmin Ali.

"Kita bincang semua isu tentang soal pembangunan.. isu yang ada kaitan dengan Selangor.. Takde (bincang soal pertukaran Menteri Besar)

"Kita bincang soal yang berikan kepentingan dan kebajikan rakyat.. Antaranya peruntukan Marris iaitu kerja penurapan jalan yang sedang berlaku sekarang di beberapa daerah, bagaimana nak tingkatkan pengangkutan awam, soal air.. Itu yang kita bincangkan," katanya lagi.

Usaha PKR untuk menggugurkan Khalid kini digerakkan secara terang-terangan dan tidak lagi menjadi rahsia.

Jika dahulu pemimpin akar umbi PKR menafikan wujudnya gerakan seumpama itu, namun kini ia diikrar tanpa selindung.

Antara yang lantang menuntut Khalid disingkirkan daripada kerusi itu adalah Ahli Parlimen Hulu Langat; Abdullah sani, Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, ADUN Batu Caves; Amiruddin Shaari dan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor; S. Manikavasagam.

Parti kompenan Pakatan Rakyat, PAS dan DAP juga kini dikatakan menolak kepimpinan Khalid berikutan dikatakan gagal menangani isu-isu sensitif di Selangor.

Biarpun didesak bertubi-tubi untuk mengundurkan diri, Khalid berkata beliau tidak akan melayan tuntutan itu selagi mendapat mandat dari rakyat dan perkenan Sultan Selangor.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menjelaskan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar hanya akan diputuskan setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga pemimpin parti daripada Pakatan Rakyat.

Beliau menambah, keputusan untuk mengekalkan atau membuat perubahan perlu dibuat secara bersama sebelum membawa perkara itu untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.
........
Shuhaniza Said
ANTARAPOS

Bagaimana kanak-kanak 10 tahun buat pengasuhnya masuk Islam

Gambar hiasan membaca Al-Quran dari nuraddini.blogspot.com
Seorang kanak-kanak dari Arab Saudi boleh membuat pengasuhnya masuk Islam. Pengasuh yang berasal dari Filipina itu memlafaz dua kalimah syahadah di pejabat Kementerian Agama di Ibu Kota Riyadh.

Laman web arabnews.com melaporkan, Selasa (8/7), pada mulanya ramai orang mensyaki bahawa wanita dari Ibu Kota Manila itu dipaksa menjadi muslim oleh keluarga majikannya. Namun wanita tidak disebutkan namanya ini mengaku dia memilih untuk memeluk Islam sebab pertukaran fikiran dengan kanak-kanak berusia 10 tahun yang diasuhnya.

Sekitar dua bulan kanak-kanak itu dilaporkan sering mengajak pengasuhnya berbincang soal Islam dengan membawa sejumlah buku-buku dan menyuruhnya membaca. "Saya memutuskan menjalani agama baru saya secara serius.

Islam itu sangat bermanfaat bagi kehidupan dan indah," katanya.-merdeka.com

Haram makan ikan yang makan babi - Mufti Perak

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata hukum memakan ikan yang diberi makan bangkai babi tanpa kuarantin selama tiga hari adalah haram.

Tambahnya, ikan itu hanya boleh dimakan selepas dikuarantinkan sahaja, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, katanya sekiranya umat Islam tidak mengetahuinya maka perkara itu tidak menjadi kesalahan.

“Bagi ikan makan (bangkai) babi, ikan itu bukan babi tetapi menjadi makanan najis.

“Jika orang Islam tidak tahu maka tiada masalah, tetapi jika tahu tidak boleh dimakan serta-merta, kena kurung tiga hari dan diberi makan makanan lain dan selepas itu baru boleh dimakan.

“Adalah haram hukumnya jika proses kuarantin tidak dilakukan kerana itu menjadi makanan najis,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

Beliau berkata demikian mengulas penemuan serpihan tulang dan rangka yang menyerupai babi hasil siasatan Jabatan