"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mereka sebenarnya sedang menyerang PAS, bukannya Tok Guru Nik Aziz

ustnik
Media-cetak dan TV terutamanya sedang menyerang Tok Guru Nik Aziz. Selepas isu taja haji gagal ‘kosek’ Tok Guru, demikian juga isu CEO PMBK, disusuli doa bala. Tentang doa bala itu, ia sebenarnya hanya reaksi Tok Guru terhadap tindakan Najib yang zalim. Kelantan yang sepatutnya mendapat royaltidinafikan hak tanpa ada rasa malu dan bersalah oleh Najib. Justeru, doa Tok Guru hanyalah ibarat doa orang yang dizalimi. Tok Guru bukannya senang-senang mahu mendoakan ke atas orang lain termasuk pemimpin UMNO/BN.

Sebab itu doa itupun ada 2 bahagian. Bahagian pertama minta Allah bukakan pintu hati Najib. Bahagian kedua, kalau Najib tidak mahu buka hatinya, barulah dipohon Allah timpakan musibah.

Diteliti doa Nabi Musa as meminta Allah hancurkan Firaun kerana menyesatkan manusia, ia hanya berdoa setelah usaha-usaha dakwah yang lain gagal. Demikian juga doa Nabi Nuh as. Dakwah yang diseru hampir seribu tahun itu tidak dipedulikan. Akhirnya apabila melihat kedegilan kaumnya, barulah Nabi Nuh mendoakan kepada Allah supaya tidak tinggal seorangpun kafir di atas mukabumi.

Tok Guru Nik Aziz telah lama mengajak UMNO/BN kembali kepada Islam. UMNO/BN tetap degil. Tok Guru memerintah Kelantan pula hampir 20 tahun. Kelantan cuba dibangunkan sebaik mungkin menurut kehendak Islam. Aspek kerohanian, Tok Guru berjaya. Aspek fizikal, kewangan negeri agak membataskan. Kalau ada royalti, tidak mustahil rakyat Malaysia boleh melihat bagaimana Kelantan dibangunkan lebih hebat mengatasi negeri-negeri lain. Pembangunan tidak semesti dalam bentuk menara berkembar Kelantan, Litar Kota Bharu atau Kelantan Monsoon Cup, tetapi pembangunan berteras dan bercirikan Islam.

Tok Guru pula makin meningkat usia tuanya. Tetapi semangat Islam dan memartabatkan Islam tetap menjadikan perjuangan Tok Guru muda. Sampai masanya, walaupun tanpa dipinta, Tok Guru akan mengamanahkan Kelantan kepada anak buahnya. Cuma bagi saya, Tok Guru perlu sabar buat sementara sambil keadaan agak selesa untuk meninggalkan tampuk negeri ‘dengan bergaya’.

Apabila Kelantan dinafikan royalti sedangkan ia termaktub dalam perjanjian dengan Petronas, mana satu hati rakyat Kelantan, apatah lagi MBnya yang tidak panas. Hak tetap hak. Berpolitik bukan bermakna menarik hak dan menindas serta menzalimi dalam tindakan. UMNO/BN sebenarnya takut jika kerajaan Kelantan mendapat royalti, maka pengaruh UMNO/BN akan terus mati di Kelantan. Justeru, doa bala itu ada rasionalnya ke atas pemimpin UMNO/BN yang sudah hilang rasional.

Dengan doa itu, Tok Guru diserang. Saya pasti serangan itu akan makin kuat sehingga menjelangnya PRU 13. Serangan dituju kepada MursyidulAm PAS, pemimpin tertinggi parti. Kalau Tok Guru dapat dijatuhkan melalui asakan itu, bukan tubuh Tok Guru yang dapat dijatuhkan, tetapi PAS dapat dikalahkan. Pemimpin PAS lain mesti sentiasa berada di belakang Tok Guru, jangan biarkan Tok Guru keseorangan.

www.niknasri.com

Tiada ulasan: