"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno dan BN Pulau Pinang Buta dan Nyanyuk

mohdnoorawang
Sekali lagi pemuda Umno dan barisan nasional mengadakan unjukrasa atau demotrasi terhadap kerajaan pakatan rakyat Pulau Pinang dan membakar gambar Lim Guan Eng bersama dikawalselia oleh Polis. Berita tv3, rtm dan akhbar arus perdana memaparkan satu tajuk utama. Saolah-olah Lim Guan Eng amat buruk pemerintahan dan gagal dalam manifestol PRU12 yang lalu.

Untuk rekod kerajaan sdr.Lim Guan Eng berumur 2@3 tahun. Wahai pemuda umno dan barisan nasional Pulau Pinang cuba anda celik dan jangan jadi buta dan nyanyuk pemikiran atau penyokong umno dan bn. Selama 50 tahun umno, gerakan, mca dan barisan nasional memerintah Pulau Pinang mengapa tidak diadakan bantahan terhadap ketua menteri Pulau Pinang ketika itu Dr. Koh Soo Koon?, Pada masa yang kerusi umno mengatasi kerusi gerakan yang sepatutnnya umnolah menjadi ketua menteri Pulau Pinang.

Umno, MCA, Gerakan memerintah Pulau Pinang hampir keseluruhan rezab dan tanah milik melayu digondol oleh kerajaan barisan nasional Pulau Pinang. Tiada desakan dan unjuk rasa oleh umno dan barisan nasional.

Tun Mahathir gagal dalam memperkasakan hak melayu Pulau Pinang, Tun Abdullah Badawi lagi gagal memperkasakan hak melayu di Pulau Pinang. Bermacam bentuk wang dana puluhan juta dan badan ditubuhkan oleh kerjaan barisan nasional dan NGO yang berkiblat dengan umno dan barisan nasional gagal dalam menghadapi kemelut Melayu Pualau Pinang. Malah bekas perdana menteri DS Anwar Ibrahim yang sinonim dengan kes liwat pun gagal menyelesaikan kemelut melayu Pulau Pinang.

Betul apa yang dikatakan umno dan barisan nasional dalam unjukrasa, kerajaan gagal dalam beberapa isu yang dihadapi oleh Lim Guan Eng. Namun kebodohan dan ada niat serong pada jiwa umno dan bn Pulau Pinang. Kes yang dihadapi Lim Guan Eng kes yang terbina semasa Umno dan gerakan, mca memerintah . Ada yang terlibat dengan kerajaan Pusat dan penyelesaiannya mengambil masa yang lama dan berhari-hari.

Pelabur tidak melabur di Pulau Pinang, Namun saranan terbuka dalam sidang parlimen yang diajukan oleh ahli parlimen pakatan rakyat. ini adalah satu masalah global bukan Pulau Pinang dikuasai oleh pakatan rakyat. Malah provokasi yang dibuat oleh umno dan bn Pulau Panang juga ada kesan secara langsung.

Justifikasinya ialah umno dan bn Pulau Pinang sudah buta sejarah dan nyanyuk. Kedua umno dan bn Pulau Pinang ingin menjadi jaguh pada masa yang sama terlupa sejarah apa yang berlaku di Pulau Pinang Sepajang diperintah Gerakan. Ketiga umno dan bn Pulau pinang ada agenda yang tersendiri, agar Pulau Pinang, Lim Guan Eng tumbang. Keempat dimana siri demo atau unjuk rasa yang diadakan umno dan bn Pulau Pinang dikawalselia oleh polis. Kelima sekurang-kurang ada berita dan isu yang boleh dibesarkan dalam tv3, rtm, utusan malaysia, berita harian dan pemimpin umno untuk menunjukkan kononnya akulah pemimpin yang bersama rakyat.

Tiada ulasan: