"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DAP anjur majlis berkhatan untuk memenangi hati pengundi Melayu

Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Dis 4: Dalam usaha memenangi hati pengundi Melayu-Islam, parti majoriti Cina DAP, akan menganjurkan majlis berkhatan untuk 75 kanak-kanak Muslim di Perak hujung minggu ini.

“DAP buat pertama kali dalam sejarah akan menganjurkan majlis bersunat berama-ramai di masjid sebagai tanda hormat kepada Islam dan terbukti perjuangan parti tersebut untuk semua bangsa dan agama,” kata Setiausaha DAP Perak dalam satu kenyataaan hari ini.

Upacara khatan untuk kanak-kanak lelaki adalah amalan biasa bagi para penganut agama-agama Ibrahimiah, namun di Malaysia ia sering dikaitkan dengan adat resam masyarakat Melayu.

Nga menambah, majlis itu akan diadakan di Masjid Expo, Kamunting dekat Taiping.

“Majlis ini julung kali diadakan dan seramai 75 orang Muslimin muda akan menjalani upacara suci tersebut dengan pebuh dengan adat resam dan secara berwarna-warni,” katanya.

“Pasukan kompang dan majlis siram air turut akan diadakan,” tambah beliau.

Katanya majlis yang sama akan turut diadakan di Beruas di bawah anjuran Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham.

DAP Perak merupakan sebahagian daripada kerajaan campuran Perak yang memerintah sehingga Februari tahun ini, tanpa sokongan kuat daripada masyarakat Melayu-Islam.

Dalam Pilihan Raya 2008, Pakatan Rakyat (PR) hanya memenangi sembilan kerusi majoriti Melayu, manakala Umno memenangi baki 27 kerusi.

PR memerintah negeri itu dengan hanya mengawal 31 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 59 orang ahli.

Kerajaan negeri itu tumbang selepas tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PKR dan DAP mengisytiharkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Dua Adun Melayu PKR yang keluar parti itu mendakwa diskriminasi terhadap masyarakat Malayu sebagai sebahagian daripada sebab-sebab mereka melompat parti.

The Malaysian Insider

Tiada ulasan: