"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wang RM43juta Milik Bekas Timbalan KPN Jadi Rebutan Keluarga

Iqbal
Petang tadi sewaktu sedang memandu ,Sinar FM menyiarkan berita mengenai harta berupa wang, peninggalan arwah Bekas Timbalan Ketua Polis Negara. Namanya saya lupa tapi arwah berbinkan Jaafar ( kalau tak silap ).

Terkejut bila dinyatakan jumlah wang tersebut iaitu sebanyak RM43 juta. Wow...banyaknya. Menurut berita itu lagi wang itu diamanahkan oleh arwah kepada adiknya tetapi anak sulung arwah telah mengambil tindakan mahkamah untuk membekukannya. Dan kini ia dibawa ke mahkamah Tinggi Syariah.

Sungguh menakjubkan begitu banyak sekali wangnya. Kalau dah Timbalan Ketua Polis ada RM43 juta, agaknya Ketua Polis Negara berapa pula jumlahnya.

Agak-agak Menteri Besar , timbalan menteri , menteri , Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri berapakah pula jumlah yang mereka miliki ?

So, sesiapa yang pandai matematik tolong kirakan.

Tiada ulasan: