"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Satim ketua pembangkang ganti Khir Toyo

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang, Datuk Satim Diman dinamakan sebagai ketua pembangkang baru bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang kini berhadapan dengan kes mahkamah.

Pemilihan Satim itu, yang dibuat ketika negeri itu berhadapan dengan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang didakwa dengan pengaruh Umno-BN dan disusuli krisis perlembagaan, dilihat membuka laluan untuk menjadi menteri besar jika Barisan Nasional merampas balik negeri itu.

Umno Selangor memilih Satim, yang sebelum ini merupakan setiausaha badan perhubungan negeri, pada mesyuaratnya malam tadi.

Tempat Satim digantikan oleh bekas Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.

Rombakan kecil ini dibuat ekoran keputusan Khir melepaskan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Semalam, mahkamah menetapkan kes Khir yang didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat, akan dibicara di Mahkamah Tinggi Shah Alam Jun ini.

Mengikut pertuduhan, Khir, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

“Pelantikan ini diputuskan malam tadi dan tugas saya ialah menyediakan parti mendapatkan balik Selangor,” kata Satim kepada The Malaysian Insider.

Tiada ulasan: