"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mengamuk dalam mahkamah

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mendakwa dirinya dipukau dan disihir ketika berkahwin dengan seorang lelaki Pakistan mengamuk di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas lelaki itu mengatakan mereka telah dinikahkan di negara berkenaan pada 2008.

Turut mengamuk ialah ibu dan bapa wanita itu.
Kejadian memalukan itu berlaku di hadapan Hakim Syarie, Abdul Walid Abu Hassan sebaik plaintif, Muhammad Kamran Babar Nazir Khan, 47, yang juga ahli perniagaan selesai memberi keterangan dalam perbicaraan pengesahan nikah terhadap pasangannya, Yuni Yuhana Mohd. Zamri, 25, selaku defendan.
Yuni Yuhana diwakili peguam syarie Othman Mohd. Noor.
Kejadian selama lima minit itu berlaku ketika Muhammad Kamran baru sahaja duduk di sebelah peguamnya, Ismanizam Ismail. Ketika itu, bapa defendan, Mohd. Zamri yang duduk di kerusi galeri awam menjerit sambil mengeluarkan kata-kata ugutan. 
-kosmo-

Tiada ulasan: