"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DBP rugi RM200 juta: Aziz Deraman terlibat?


HAMAS YASSIN
Membaca kenyataan Aziz Deraman yang tersiar dalam Siasah 04-10 Mac 2011 tentang kerugian DBP mengingatkan penulis tentang peribahasa Melayu yang berbunyi seperti ayam jantan kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi. Untuk mengingatkan Aziz Deraman, dia telah menjadi Ketua Pengarah DBP dari tahun 1994 hingga 2004.

Konsesi lima bahagian di DBP kepada Dawama dilakukan pada akhir 2002 semasa Aziz Deraman menjadi Ketua Pengarah DBP. Bagaimana Aziz Deraman sebagai Ketua Pengarah DBP tidak tahu tentang syarat-syarat perjanjian konsesi melibatkan pembahagian 80% kepada Dawana dan 20% kepada DBP untuk buku bukan teks sekolah dan 70% kepada Dawama dan 80% kepada DBP untuk buku teks sekolah dari harga jualan buku tersebut?

Mungkin ketika itu Aziz Deraman terlalu sibuk berkunjung ke luar negara untuk membuat perjanjian MOU dengan universiti-universiti asing dengan alasan kononnya untuk mengembangkan Bahasa Melayu ke luar negara. Penulis difahamkan sepanjang 10 tahun Aziz Deraman berkhidmat sebagai Ketua Pengarah DBP sebanyak lebih 20 perjanjian MOU telah dilaksanakan.

Mungkin Aziz Deraman seronok berjalan hingga lupa tentang konsesi DBP dengan Dawama dan memberikan tanggungjawab terhadap perjanjian konsesi kepada Timbalannya Abu Bakar Muhammad dan juga orang harapannya seperti Kamarul Zaman Shahrudin, Azah Wahab dan Mohd Isa Safuan. Mereka tersebut ialah Pengarah Dasar, Pengurus Kewangan dan Pegawai Undang-undang di DBP ketika perjanjian konsesi dirangka dan dilaksanakan. Mereka bertiga masih ada di DBP sekarang dan dinaikkan pangkat dan gred jawatan lagi.

Penulis mendapat maklum dari konsesi yang merugikan DBP beratus juta ini anak Aziz Deraman berkhidmat di Dawama dengan jawatan yang tinggi juga. Kenapa anak Aziz Deraman bekerja di Dawama? Mungkin Aziz Deraman boleh menjawabnya.

Kepada Aziz Deraman, bagi penulis tidak perlulah membuat kenyataan bahawa kerugian DBP disebabkan pemantauan dan penyeliaan yang lemah oleh DBP dan dalam masa yang sama kemungkinan salah pengawasan di pihak Dawama atau sebagainya.

Apakah Aziz Deraman tidak faham maksud 20% dan 80% serta 30% dan 70% dari harga jualan buku tersebut? Kalau dia tidak faham bertanyalah.

Semasa menjadi Ketua Pengarah DBP sebenarnya anda tidak bertanggungjawab. Anda hanya memakai songkok tetapi sebenarnya berpura-pura sahaja. Cukuplah lakonan anda jangan menjadi ayam jantan kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi.

Tiada ulasan: