"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai SPRM: Teoh mungkin 'bersubahat'

NONE
Teoh Beng Hock dikatakan mempunyai “elemen bersubahat” dakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada keterangannya kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik DAP itu.

Pemangku Penolong Pesuruhjaya SPRM Hairul Ilham Hamzah ketika bersetuju dengan cadangan peguam Majlis Peguam, Cheow Wee berkata ia antara sebab Teoh dibawa untuk disiasat.

“Dia (Teoh) diiringi ke pejabat SPRM walaupun dia bukan seorang suspek. Mungkinkah terdapt tanda-tanda bahawa dia mungkin bersubahat?” tanya Cheow dan Hairul bersetuju.

Teoh (bawah, kiri) dijumpai mati di koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam yang menempatkan ibu pejabat SPRM Selangor pada 16 Julai 2009.

NONEBeliau pada 15 Julai 2009 dibawa untuk disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan salah guna dana oleh majikannya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Sebelum ini, pegawai kanan SPRM itu memberitahu panel bahawa setiap pegawai penguatkuasa diwajibkan menjalani latihan asas selama tiga atau enam bulan apabila menyertai suruhanjaya berkenaan.

“Kami dilatih bagi memastikan saksi berada dalam keadaan selesa supaya mereka akan bekerjasama secara sukarela,” kata Hairul.

Cheow kemudian bertanya tentang teknik soal-jawap yang dilatih dan Hairul menjawap mereka menggunakan kaedah bagi menimbulkan “emosi sedih ataupun perasaan bersalah”.

“Kami dilatih mengunakan taktik psikologi apabila menyoal siasat suspek,” katanya.

-malaysiakini-

1 ulasan:

dajal berkata...

orang tu dah takda ...sedap je cakap..engkau tunggu kat akhirat nanti orang sprm..

dunia ni engkau boleh bohong..