"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penduduk mengeluh ‘Sarawak macam belum merdeka’


SARAWAK: Penduduk di rumah panjang Bama Nanga Risau Awik dekat Saratok tidak berpuas hati terhadap sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang meminggirkan mereka dari arus pembangunan.
Selepas lebih 35 tahun berjanji, keperluan asas seperti jalan raya dan bekalan air bersih masih tidak sempurna, bahkan kedudukan sekolah yang terletak lebih 30 kilometer dari perkampungan mereka, menunjukkan slogan rakyat didahulukan hanya omongan kosong.
Tinjauan Keadilan Daily mendapati, jalan berbatu kerikill sepanjang lebih tiga kilometer dari laluan utama Betong – Sibu, ditambah dengan ketiadaan bekalan air bersih, seolah-olah menggambarkan Sarawak belum merdeka.
Carlos Inpin
Anak jati kampung itu, Carlos Inpin, 17, berkata, beliau terpaksa tinggal di asrama Sekolah Menengah Seratok jauh lebih 30 kilometer kerana tiada sekolah menengah di kampung berkenaan.
“Sejak saya masih kecil, keadaan masih sama. Talian telefon pun tiada. Sepatutnya kampung ini sudah ada pembangunan macam tempat lain.
“Bila waktu petang, kami anak muda tak boleh bersukan sebab padang bola dan dewan badminton pun tiada,” kata Carlos yang membantu panya, seorang pekebun sawit.
Masalah sama turut dihadapi penduduk Kampung Tuie di Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas yang penduduknya rata-rata berketurunan Melayu lantaran wakil rakyat yang hanya tahu berjanji tetapi tidak pernah mengotakannya.
Hamidah Bakri, 43, seorang penanam padi berkata kehidupan bertambah susah apabila kemarau melanda sejak tiga minggu lalu, menyebabkan mereka terpaksa memberi air untuk keperluan harian berikutan kampung itu tiada kemudahan bekalan air.
“Penduduk kampung ini ramai, hampir 2,000 orang. Bila ada masalah air, kami terpaksa keluar ke pekan Betong untuk membelinya. Tak semua orang kampung mempunyai kenderaan.
“Jalan masuk ke kampung ini pun masih berbatu kerikil dan tiada lampu jalan. Sangat bahaya apabila berjalan pada waktu malam,” katanya.
Hamid berkata, hanya ada sebuah sekolah rendah di kampung iaitu Sekolah Kebangsaan Tuie manakala puluhan lain terpaksa bersekolah asrama di Sekolah Menengah Debak – lebih 30 kilometer dari kampung itu.
“Di sini juga tiada kenderaan awam. Anak-anak yang bersekolah asrama hanya mampu kami hantar dengan menggunakan ‘van sapu’, sebab kami sendiri tiada kenderaan,” katanya.

Tiada ulasan: