"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita Vietnam ditemui mati di hotel

LUMUT: Seorang wanita warganegara Vietnam ditemui mati, dipercayai dibunuh, di sebuah bilik hotel di Sitiawan dekat sini semalam, kata Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman.
Katanya, mayat wanita berumur 23 tahun itu ditemui terbaring dalam sebuah bilik oleh pekerja hotel berkenaan pada 1.30 tengah hari.
"Salah seorang petugas hotel memaklumkan terdapat seorang wanita terbaring di atas katil yang dipenuhi kesan darah pada katil, tilam dan bantal sebelum pihak hotel melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya di sini hari ini.
Mohd Jamil berkata, mayat berkenaan berselimut manakala muka ditutup dengan sehelai jaket jeans dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan luka pada bahagian kepala dan muka mangsa.
Menurutnya, polis turut menemui tiga botol arak, dompet dan pasport milik mangsa di tempat kejadian.
- Bernama-

Tiada ulasan: