"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM perlu bertanggungjawab kes kematian terbaru, tegas AMK


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kes seorang pegawai kastam yang ditemui mati ketika dalam siasatan agensi itu hari ini.
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Azmizam Zaman Huri berkata, AMK kesal kerana SPRM ternyata tidak mengambil pengajaran daripada kes  kematian Teoh Beng Hock, saksi yang terbunuh ketika dalam tahanan SPRM Julai tahun lalu.
“SPRM perlu berhenti berdolak-dalih dalam perkara ini dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden sebegini rupa dengan mengemaskini prosedur siasatan mereka,” tegas Azmizam.
Beliau mengulas kejadian terbaru seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia yang ditemui mati di pejabat SPRM kira-kira jam 10.15 pagi ini.
Dilaporkan, siasatan awal polis mendapati mangsa, Ahmad Sarbani Mohamed, 56 ditemui mati di gelanggang badminton di kawasan pejabat SPRM dalam keadaan tertiarap dan cedera di kepala.
Bercakap lebih lanjut, Azmizam berkata SPRM perlu berhenti menuding jari kepada pihak lain dan berbuat sesuatu bagi membaiki imej dan prosedur siasatan mereka yang buruk.
“SPRM perlu berhenti berdolak-dalih dalam perkara ini dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden sebegini rupa dengan mengemaskini prosedur siasatan mereka,” kata Azmizam.
Tambah beliau, apa yang lebih dikesalkan, pegawai kastam yang mati itu tidak lagi berpeluang membersihkan nama beliau seandainya didapati tidak bersalah dalam siasatan yang dijalankan.
“Pegawai kastam yang mati itu belum pun diputuskan bersalah oleh mahkamah,” kata Azmizam.
Kematian pegawai kastam berkenaan adalah kejadian kedua, selepas kejadian yang sama menimpa Teoh Beng Hock, bekas pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan ketika dalam siasatan SPRM.
Beng Hock ditemui mati terjatuh daripada tingkat 14 bangunan pejabat lama SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam 17 Julai tahun lalu.
Inkuiri terbuka menyiasat punca kematian Beng Hock enggan memutuskan punca kematian beliau meskipun pakar patalogi dari Thailand, Dr Pornthip Rajasunand mengesahkan kecederaan yang dialami Teoh bukan berpunca akibat terjatuh.
Atas desakan orang ramai, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat prosedur siasatan SPRM.
Suruhanjaya itu menerima tamparan hebat apabila keluarga Beng Hock, peguam keluarga dan peguam yang mewakili kerajaan Selangor menarik diri daripada terlibat dalam Suruhanjaya itu kerana tidak bersetuju dengan tindakan Jabatan Peguam Negara yang turut memohon semakan kehakiman terhadap keputusan inkuiri terbuka.
Terbaru, pegawai SPRM, Mohd Ashraf Mohd Yunus dalam prosiding suruhanjaya itu didapati menonton pornografi di komputer di pejabatnya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009 selepas selesai menyiasat kes Beng Hock.

Tiada ulasan: