"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penamaan Calon Di DUN Muara Tuang Kecoh



KOTA SAMARAHAN, 6 APRIL: Suasana tegang dilaporkan berlaku di pusat penamaan calon DUN Muara Tuang (N15) apabila Peguam PAS Faiz Irwan membuat bantahan terhadap calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Ali Mahmud kerana gagal mengemukakan pernyataan berkaitan perbelanjaan pilihanraya lalu.

Ali, yang juga merupakan adik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, merupakan penyandang kerusi itu didakwa gagal berbuat demikian menyebabkan sehingga jam 1 petang, calon yang bertanding masih tidak diumumkan secara rasmi oleh Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya di situ, Mohd Aini Mohamad.

Mengikut twitter Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin, SPR sepatutnya mengumumkan kemenangan kepada calon PAS Noraini Hamzah kerana pencalonan Ali sepatutnya dibatalkan.

Sebelum itu, calon PAS Noraini diiringi kira-kira 200 penyokong tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Suarah Samarahan jam 8.45 pagi.

Ia diikuti kemudian oleh calon BN Ali Mahmud tiba jam 9.00 pagi.
-tvsnews-

Tiada ulasan: