"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa Darah orang Pas warnanya Hijau?


Saiful bahri
Pas bukan hanya sebuah parti politik. Pas bergerak sekian lama sebagai parti dakwah, parti siasah, parti tarbiyyah. Pas terlibat dalam gerak kerja amar ma’ruf dan nahi munkar. Dengan kerja amal jamaie yang sudah sekian lama bertapak di negara kita ini. Kerja-kerja kebajikan sudah sinonim dengan aktivis Pas samada dengan jenama Pas sendiri maupun jabatan atau NGO’s yang dibawah Pas.

Masyarakat lebih mengenali Unit Amal sebagai entiti yang bersama masyarakat dengan kerja-kerja kebajikan bahkan lujnah kebajikan berperanan dari peringkat cawangan sehingga ke peringkat pusat di segenap bidang dan lapangan. Dari yang hidup sehingga ke mati. Dari yang Islam maupun non muslim. Dalam negara maupun sehingga keperingkat antarabangsa. Pas sentiasa dengan tangan terbuka memberi khidmat kepada masyarakat. Ianya dilakukan sebagai tugas dan amal ibadah.
Pun begitu bukan sedikit halangan dan rintangan. UMNO-BN sendiri cuba menghalang dan menyekat pengaruh amal Pas ini dari tersebar ke dalam masyarakat. Mereka terus mengamalkan politik sempit meskipun ianya kekadang keperluan negara. Ianya menjadi dasar kerajaan ataupun hanya larangan atau sekatan oleh beberapa pimpinan UMNO yang bangang sahaja? Kerana kenyataan pimpinan kerajaan di peringkat pusat berbeza dengan tindakan diperingkat negeri atau daerah.
KUALA LUMPUR 3 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil bagi membantu Pusat Darah Negara menggerakkan kempen derma darah di seluruh negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, sokongan NGO dalam usaha murni itu penting memandangkan Malaysia sentiasa berdepan dengan cabaran besar untuk memastikan tabung darah negara mencukupi.

"Saya dimaklumkan bekalan darah negara berkurangan dengan drastik apabila tiba musim perayaan dan cuti persekolahan kerana kekurangan penderma. Sedangkan, permintaan terhadap keperluan darah sentiasa ada. "Jadi saya berharap lebih banyak NGO tampil menggerakkan kempen dan memperluaskannya ke seluruh negara," katanya semasa merasmikan kempen derma darah anjuran Kelab Golf Amal Tan Sri Muhyiddin (TSMCG) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin memuji sikap prihatin yang ditunjukkan kira-kira 120 sukarelawan dari beberapa buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila mereka turut sama menjayakan kempen derma darah tersebut. Jelasnya, sikap terpuji kumpulan pelajar berkenaan wajar menjadi ikutan seluruh rakyat Malaysia memandangkan tahun lalu sahaja, sebanyak 29 peratus daripada keperluan darah di Lembah Klang didermakan oleh mahasiswa.

Nampak daripada kenyataan itu kerajaan amat berharap semua pihak tampil untuk memberi sokongan kepada tabung darah Negara dan derma darah itu digalakkan dan menjadi amalan mulia. Pihak kerajaan khususnya kementrian kesihatan dapat memberi kerjasama kepada semua pihak tanpa mengira batasan seperti parti politik untuk menerima derma darah dari lapisan masyarakat. Bahkan persatuan Budhist antara yang aktif menganjurkan kutipan derma darah.

Persoalannya kenapa apabila pihak Pas menganjurkan program derma darah ianya ditolak dan tidak diterima oleh pihak hospital khususnya di Terengganu. Samada hospital Kuala Terengganu maupun hospital daerah-daerah. Adakah darah orang Pas warnanya hijau? Atau orang Pas darah berpenyakit yang lebih bahaya dari darah HIV? Atau pihak kerajaan UMNO-BN bimbang kalau terima darah orang Pas nescaya ramailah orang dikalangan penerima darah nanti akan menyokong Pas. Semua pendokong UMNO yang berdarah biru akan menjadi hijau? Kalau payah sangat... cop "Untuk Ahli Pas sahaja" macam UMNO luluskan bible melayu tu.. "untuk Kristian sahaja".

Samada pemikiran kolot dan kuno ini menjadi khurafat pihak doktor yang dikatakan bijaksana atau memang ada pimpinan UMNO-BN yang senak kepala membuat larangan. Nak harapkan UMNO anjur… kedekut darah. Kebanyakan pimpinan UMNO saiz macam Ketua Putera atau Ketua Puteri. Kalau derma darah 3-4 kilo pun tak jadi masalah. Kenapa pemuda UMNO taknak mendahului? Kemana puteri UMNO? Mungkin sibuk menguruskan para remaja yang ramai derma dara kot sekarang… banyak anak luar nikah merata-rata. Tak sempat nak cakna program derma darah. Serah ke budak-budak university sudah. Habis! Kalau UMNO dah tak anjur kenapa pulak apabila Pas yang nak anjur taknak terima? Mungkin orang Pas boleh bertukar jadi macam Lou Ferrigno yang berlakon jadi Incredible Hulk yang berwarna hijau?

Tiada ulasan: