Sebagai bekas pegawai kanan polis yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, beliau sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan 'pisang akan berbuah dua kali'.
"Saya tidak bimbang untuk menyatakan, bahawa akibat terlalu melayani karenah Peguam Negara dan terlalu mengharapkan dan percaya kepada Gani Patail, menyebabkan mantan ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor terpaksa masuk ke penjara selama dua bulan selain terpaksa membayar denda maksimum RM 2000.
"Pada hal, sekiranya Rahim Noor mengekalkan pendirian dan keputusan beliau sendiri yang dibuat secara gentleman pada 8.10.1998, untuk mengambil tanggung jawab sepenuhnya akan keterlanjuran beliau mencederakan Anwar, kemungkinannya beliau akan hanya didenda sahaja serta mengelakkan penyiasatan yang agresif terhadap beliau.
"Kemungkinan ini berdasarkan beliau mempunyai faktor mitigasi yang kukuh dan diperkuatkan lagi apabila mahkamah dijangka mengambil kira jasa beliau kepada keselamatan Negara yang tidak ternilai, khasnya ketika beliau menjadi Pengarah Cawangan Khas," katanya.
Bagi mengukuh dakwaannya, Mat Zain memetik tulisan memoir Doctor In The House karya mantan perdana menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad muka surat 693 ... “Rahim did me no favours politically – in fact, he did much harm to Malaysia's International standing.”
"Tidak dapat dielakkan kenyataan tersebut akan kekal dalam sejarah hidup Rahim Noor dan keluarga dan menjadi sejarah hitam buat PDRM.
"Manakala segala pengorbanan dan jasa Tan Sri Abdul Rahim Noor kepada Negara dilupakan selamanya," katanya dalam surat setebal lapan muka surat itu.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan