"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Eskay : [video] Saya tidak tuduh DSAI berzina !

Selatanonline

Eskay dah buat pengakuan neh. Perghh bukan sebarang punya pengakuan beb. Saya petik dari utusan beb. So pada sesiapa yang tak nak percayakan saya bollehlah baca sendiri apa yang si eskay  cakap. 

Arhh sudah. Kalau diperhatikan sumpah laknat dia..
"A'uzubillahi minal syaitanirrajim.Bismillah irahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."
Arhhh aku pening. Jap2. Aku nak huraikan pemikiran aku terlebih dahulu.

1. Dalam video itu cuma ada eskay dan anwar ibrahim. Ikut kata eskay lah kan.

2. Then eskay bersumpah dsai ialah pelaku dalam video terbabit.

3. Ada dua kemungkinan bila eskay menyebut pelaku dalam video iaitu ;

- watak lelaki yang mundar mandir berbaju lengkap ialah dsai 

ataupun

- watak lelaki yang berbaju tidak lengkap itu ialah dsai.

4. Sekarang eskay cakap dia tak tuduh dsai berzina.

5. Ini bermaksud kemungkinan besar lelaki yang berbaju lengkap itu adalah dsai berdasarkan kepada sumpahan eskay sendiri. Sebab eskay nafikan bahawa dia tuduh dsai berzina. Maka siapakah lelaki yang berzina itu pula?

6. Sebab eskay cakap cuma dia dan dsai je dalam video terbabit.

7. Eskay sendiri kata dia tak tuduh dsai berzina.

8. Jadi adakah dia mengaku dia sendiri yang berzina? Urmm pelik. Ini ke rahsia besar yang eskay janji nak dedahkan? Ikut jam aku.. belum pun masuk minggu depan lagi. Heh.
Jika video ini bermasalah untuk load sila klik sini.

Nota : Perhatikan pengakuan eskay pada minit ke 2:13 "saya tidak tuduh dsai berzina"

Ulasan Ameno :

arhh sudah ada yang dimakan sumpah neh karang.. kah kah kah


Ulasan Tok

Kita di ajar agar jangan mudah percaya dengan orang atau ahli parti  yang suka bersumpah. 

Tiada ulasan: