"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rahaiza & Rozuki… naik turun mahkamah hangpa lepas ni

Mujahidah
ALOR SETAR, 4 Mei 2011 – Berikutan penyamaran yang dilakukan individu-individu tertentu di majlis 'penyerahan borang keahlian UMNO' pada 30 April 2011 bertempat di Kuala Sungai, Alor Setar, Kedah baru-baru ini, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kuala Kedah, Sdr Azizi Abdullah. 

Individu yang dimaksudkan ialah Ahmad Rozuki (510930-02-5563) yang telah menyamar dengan niat melakukan penipuan sebagai Ketua Cawangan PAS Lahar Buluh sedangkan beliau bukan ahli PAS dan cawangan terbabit juga tidak pernah wujud dalam PAS Kawasan Kuala Kedah.

“Tindakan beliau semata-mata bertujuan menipu, sedangkan beliau sendiri bukan ahli PAS dan cawangan Lahar Buluh tidak wujud dalam kawasan Kuala Kedah,” ujar Azizi. 

Tambah Azizi lagi, dakwaan Rahaiza Abd Rahim (gambar) yang kononnya seorang ahli muslimat PAS cawangan Kuala Sungai juga merupakan satu pembohongan kerana cawangan tersebut juga tidak pernah wujud dalam kawasan Kuala Kedah.

“Beliau sendiri (Rahaiza) tidak pernah mendaftar sebagai ahli PAS, macamana dia boleh mengaku dia ahli muslimat PAS.

“Penyamaran tersebut bertujuan jahat dan semata-mata mengelirukan orang ramai,” tegasnya.

Tiada ulasan: