"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video Lucah: Polis tak perlu buang masa, kata MB Selangor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan polis harus meluangkan masa untuk menjaga keamanan dan bukannya menjadi agen menyebarkan fitnah video lucah.

“Keutamaan sebenar polis jelas untuk menjaga keamanan dan bukannya sebagai agen awam (menyebar video)" tambahnya.

Khalid mengulas tindakan Parti Keadilan Rakyat mengemukakan bukti bergambar bagi mensabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersekongkol dengan UMNO-Barisan Nasional untuk menfitnah Anwar bersabit rakaman lucah yang didalangi Datuk T.

Gambar-gambar itu menunjukkan Senior Asisten Komisioner (SAC) 1, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menyebarkan fitnah di kalangan dua ribu guru di Bachok, Kelantan. Beliau memberitahu guru-guru berkenaan bahawa Anwar, kononnya, adalah pelaku dalam video itu.

Datuk Dr Abdul Rahman adalah Penolong Ketua Pengarah Penyelidikan dan Keurussetiaan Polis Bukit Aman,

Lebih dua ribu guru dan gurubesar disajikan fitnah oleh Datuk Dr Abdul Rahman pada 'Seminar Isu-isu Keselamatan Negara Masa Kini' di Bachok pada 19 Februari lalu dan beberapa daerah lain, kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Setelah rakaman asal video lucah itu diserahkan kepada polis pada bulan lalu, beberapa klip video termasuk aksi lucah dimuatkan di Youtube dan disebarkan di seluruh negara dengan dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam rakaman itu.

Pihak berkuasa masih belum mendakwa gandingan Datuk T yang merangkumi ahli perniagaan Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim walaupun mereka mengaku mendalangi penayangan video itu pada 21 Mac lalu.

Mereka bertiga mengugut untuk menyebarkan video itu jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak berundur dari politik.

Anwar membuat laporan polis dan turut mahukan undang-undang qazaf digunapakai untuk menangani fitnah berkenaan.

Khalid berkata polis harus memberi keutamaan kepada soal keamaman negara dan jelas video berkenaan tidak boleh dianggap sebagai perkara paling penting dalam agenda Bukit Aman.

“Sekiranya benar penyebaran video tersebut mampu memberi impak negatif dlm keamanan polis boleh mengambil tindakan. (Tetapi) kalau saya memegang kerajaan, ini bukan prioriti utama polis,” tambah Khalid.

"Kalau video tersebut ganggu keamanan, kenapa polis tidak ambil tindakan keatas bekas Menteri Kesihatan (chua Soi Lek) yang jelas mengaku terlibat dengan video seks yang juga telah pun terdedah," kata Khalid.

Dalam kes Chua, Peguam Negara tidak mendakwa Presiden MCA itu walaupun beliau mengaku melakukan hubungan seks luar tabii dengan seorang wanita dengan videonya diedarkan secara meluas.
-tvsnews-

Tiada ulasan: