"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan junjung Islam sebagai agama rasmi – Anwar


Pada 8hb September 2008, Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS, Sdr Lim Kit Siang dan saya sendiri telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar bersama menegaskan Pakatan Rakyat menjunjung prinsip asas Perlembagan Persekutuan, antaranya adalah seperti yang termaktub dalam Perkara 3 iaitu Islam Sebagai Agama Persekutuan.
Persetujuan bersama ini tidak pernah berubah malah menjadi asas kepada Pakatan Rakyat menggarap sebarang kebijakan seumpama Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.
Namun hari ini, pimpinan Umno melalui suaranya iaitu Utusan Malaysia sanggup merendahkan martabat dan maruah sehingga sanggup menabur fitnah dengan memintal kononnya Pakatan Rakyat mahu mewujudkan sebuah negara Kristian serta menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.
Saya mengecam pimpinan Umno dan akhbar Utusan kerana cuba mengapi apikan sentimen perkauman sempit dan agama. Kini jelas ada antara pimpinan Umno percaya politik fitnah dengan meniupkan api perkauman sempit dan agama ini akan mengekalkan kekuasaan mereka.
Saya yakin bagi pimpinan Umno sekarang ini, apa yang ditakutkan adalah kehilangan kuasa kepada Pakatan Rakyat dan kerana itu mereka tidak menghiraukan sekiranya fitnah yang dipintal menjejaskan keharmonian di negara ini.
Hakikatnya rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan fitnah serta propaganda yang melampau. Mereka kini sedar Umno sanggup berbuat apa sahaja hatta menghancurkan negara ini demi untuk terus kekal berkuasa.
Rakyat Malaysia mampu menilai bahawa Pakatan Rakyat berusaha keras membawa kemakmuran ekonomi dan juga memastikan keharmonian antara kaum yang berasaskan rasa saling hormat menghormati tidak terjejas.
ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan: