"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ceramah umum ‘Bersihkan Fikrah dan Aqidah Perjuangan di Taman Melewar 8 Julai, 9 malam

Dewan Pemuda Pas Malaysia menganjurkan ceramah umum ‘Bersihkan Fikrah dan Aqidah Perjuangan’ di Kolej Uiniversit Islam Zulkifli Mohammad (Markaz Tarbiyah Pas Pusat) di Taman Melewar, Gombak bermula jam 9 malam, 8 Julai ini.
Semua Ketua Pemuda parti Pakatan Rakyat dijadualkan menyampaikan pidato.
Mereka ialah Nasruddin Hassan Tantawi yang merupakan Ketua Pemuda Pas Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua Angkatan Muda KEADILAN) dan Anthony Loke, (Ketua DAPSY) dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard.
Manakala pimpinan utama yang akan menyampaikan pidato ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Orang ramai di sekitar Kuala Lumpur dijemput hadir beramai-ramai.

Tiada ulasan: