"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berapakah jumlah wang yang dibelanjakan setiap Perdana Menteri?- Syed Hussin Ali


KUALA LUMPUR: Senator Syed Hussin Ali dari KEADILAN dalam ucapan penangguhannya di Dewan Negara semalam membangkitkan persoalan tentang jumlah wang Petronas yang dibelanjakan setiap Perdana Menteri sebelum ini.*’
Ini kerana kata Syed Husin, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2010 menyatakan, Tun Abdullah Ahmad Badawi membelanjakan wang Petronas jauh lebih tinggi daripada beliau walaupun hanya menjadi Perdana Menteri kira-kira lima tahun.
“Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan tahun lalu bahawa jumlah yang dibelanjakan oleh mantan PM selepasnya Tun Abdullah Badawi, dalam masa kira-kira lima tahun memerintah, adalah jauh lebih besar daripada jumlah yang beliau sendiri belanjakan dalam tempoh lebih 22 tahun beliau berkuasa.
“Saya ingin tahu berapakah jumlah wang Petronas yang sudah dibelanjakan setiap Perdana Menteri berikut, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamaed, Tun Abdullah Badawi dan sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.
Syed Husin berkata, sejak penubuhan Petronas pada 1974 sehingga kewangan berakhir pada 31 Mac 2007, badan itu mencatat keuntungan sebanyak RM560 bilion.
Daripada jumlah itu katanya, Petronas membayar kerajaan Malaysia sebanyak RM357.8 bilion (atau 62.8%) dalam bentuk cukai, royalti, duti eksport dan dividen.
Manakala sebanyak RM170.8 bilion (atau 30%) digunakan untuk pelaburan semula dan RM41.4 bilion (atau 7.2%) merupakan peruntukan bagi pemegang saham minoriti.
Baru-baru ini, Petronas mengumumkan keutungan hampir RM100 bilion tahun lalu dan menyerahkan kira-kira RM30 bilion kepada Kerajaan.
Syed Husin turut bertanya golongan manakah yang mendapat kuntungan besar daripada keuntungan Petronas.
“Mengikut Penyata Tahunan 2010, Petronas menanggung subsidi bekalan gas sebanyak RM18.9 billion dan sejak harga ditentukan (regulated price) yang berkuatkuasa pada Mei 1997, Petronas menanggung subsidi sebanyak RM116.4 bilion untuk subsidi gas.
“Sila terangkan siapa dan dari golongan manakah yang mendapat faedah daripada subsidi ini,” soal Syed Husin.

Tiada ulasan: