"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khairy boleh maki polis dengan perkataan WTF??

 tinburuk
Khairy Jamaluddin mendakwa polis Kuala Lumpur hari ini menyemarakkan ketegangan berkaitan Bersih 2.0 dengan menggunakan perintah mahkamah melarang beliau dan 90 yang lain daripada memasuki ibu negara Sabtu ini.

Ketua Pemuda Umno ini yang pulang dari menyertai misi kemanusiaan ke Gaza petang ini mendapati dirinya telah diharamkan dari bandar raya beliau tinggal.

Khairy telah menghantar mesej di Twitter bahawa beliau baru sahaja mendarat di Kuala Lumpur selepas cuba mengatasi halangan Israel di Gaza, tetapi mendapati “saya dihalang memasuki Kuala Lumpur. Maaf, kalau saya katakan ‘WTF’?”

Apa Maksud WTF tu??? ... ramai yang tak paham la !!! ....

Kalau disebut WTF dalam bahasa singkatan, memang ramai tak faham apa maksudnya.

WTF military slang, Internet slang, text messaging bagi 
What the f****.Kalau Khairy Jamaluddin boleh maki polis, takkan Pakatan Rakyat nak duduk di rumah pada 9 Julai sambil menonton televisyen mendapat laporan daripada berita media UMNO/Bn atau melayari internet sahaja?

Kan kita lebih baik drp UMNO. Mana kota kata-kata ini? 
http://tin-buruk.blogspot.com/

Tiada ulasan: