"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis turut geledah bilik hotel di Sekitar KL

http://1.bp.blogspot.com/-f21xBt70fZw/TZrQ5N68SrI/AAAAAAAAi-o/Lho4-TelWGU/s1600/CIKGU%2BBARD12334.jpgKUALA LUMPUR,: Pihak polis bertindak menggeledah bilik beberapa hotel di ibu negara tengah malam tadi untuk mencari beberapa pemimpin Bersih khususnya 91 nama yang dilarang memasuki beberapa kawasan di Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan, polis menyemak bilik hotel yang didaftar atas nama individu berkenaan sebelum menggeledah.Polis juga didakwa memburu mereka yang lain di semua tempat khususnya di tempat perkumpulan peserta himpunan Bersih.

Antara yang dicari polis malam tadi, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Saharin.


"Polis serbu bilik atas nama saya di Brisdale tingkat 14, cari saya dan geledah bilik mujur saya di tingkat 15..now sudah naik kereta keluar hotel," tulis Badrul di twitter kira-kira jam 1 pagi tadi.

Beliau antara salah seorang dari 91 yang dilarang memasuki Kuala Lumpur hari ini.

Polis juga didakwa mengetuk pintu-pintu hotel mencari mangsa.

Beberapa lagi yang lain turut menjadi sasaran pihak polis, bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada sudah ada mereka yang ditahan.

Biarpun pihak polis mendapat perintah halangan dari Mahkmah Majistret, kesemua mereka semalam mendakwa akan tetap meyertai himpunan Bersih.

Sementara itu, hampir 60 jalan di pusat bandar Kuala Lumpur ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 12.01 tengah malam tadi.

Lebih separuh peserta himpunan yang hadir dari luar Kuala Lumpur dijangka terkandas untuk memasuki ibu negara.
-detikdaily-

Tiada ulasan: