"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Iklan jelik tagih undi BN dalam PRU13

RAYUSA
SAMA ada di media cetak atau elektronik, iklan juga adalah karya seni. Sebagaimana karya seni lain, ia ada mesej dan fungsi, baik yang positif mahupun negatif. Jika untuk kebaikan, ia bermanfaat dan amat dialu-alukan. Bagaimanapun, ada pihak yang memperbodoh-bodohkan dan menghina pihak lain menerusi seni pengiklanan demi keuntungan diri sendiri.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008, ada sebuah iklan yang disiarkan berulang kali setiap hari di media massa. Selain menerusi televisyen dan radio (walaupun tidak sepatutnya begitu setelah Parlimen dibubarkan), motif yang serupa dipaparkan pada billboard di seluruh negara.
Yang jeliknya, pada penghujung iklan di media elektronik, ada suara latar menyebutkan “Hanya satu pilihan”. Perkataan tersebut juga terpampang pada billboard.

Walaupun cuba berselindung, jelas ia adalah kempen Umno- BN untuk menagih undi dalam PRU13. Selindung Umno-BN itu dalam terang dan di sebalik lalang sehelai! Secara tersurat dan tersirat, perkataan itu adalah “arahan” atau “paksaan” agar rakyat terus mengundi kerajaan Umno-BN.

Taktik buruk itu amat jelas pada iklan billboard kerana bukan sahaja terpampang tulisan “Hanya satu pilihan”, malah terdapat tanda pangkah pada lambang BN (dacing), sama seperti pada kertas undi!

Rangkaikata itu seolah-olah menganggap rakyat negara ini bodoh dan perlu “diajar” untuk memilih kerajaan.

Inilah yang dimaksudkan dengan memperbodoh-bodohkan dan menghina. Ia juga boleh dianggap sebagai khurafat kerana “mengiktiraf” hanya kerajaan Umno-BN sahaja yang mampu mentadbir negara.

Akibatnya, rakyat “mengajar” kerajaan Umno-BN dalam PRU12. Kerajaan Umno-BN pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) kalah di empat negeri di samping terus gagal merampas Kelantan.

Umno-BN turut kecundang lagi di Wilayah Persekutuan.

Kedah, Perak, Pulau Pinang, dan Selangor terlepas ke tangan pembangkang yang kemudian dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR – walaupun Perak dirampas semula secara haram oleh kerajaan Umno-BN pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak). Di Wilayah Persekutuan, Umno-BN hanya mengekalkan kerusi Parlimen Setiawangsa dan Putrajaya. Abdullah atau Pak Lah dipersalahkan apabila Umno-BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen. Beliau diminta berundur. Najib pula menjadi Perdana Menteri.

Seperti tidak mahu belajar dari kesilapan lalu, kerajaan Umno-BN telah mula berkempen di media massa (walaupun Parlimen belum dibubarkan) menerusi iklan yang dianggap sebagai “iklan misteri”.

Iklan yang disiarkan di televisyen itu dimulakan dengan paparan wajah mantan Perdana Menteri (yang berlagak seperti masih menjadi Perdana Menteri), Tun Dr Mahathir Mohamad, diikuti calon angkasawan pertama negara, Dr Ahmad Faiz; super diva, Dato’ Siti Nurhaliza, dan beberapa artis terkemuka seperti Lisa Surihani (pelakon), serta Aizat dan Reshmonu (penyanyi).

Bersama beberapa orang lain, mereka mengakui cintakan keamanan serta kemajuan negara dan mahu ia dikekalkan.

Mereka mengatakan “Saya pilih Malaysia”, “Saya pilih kemajuan”, “Saya pilih kestabilan”, dan “Saya pilih mengundi”.

Kenapa mengundi? Adakah mereka fikir pemerintah negara ini dipilih sesuka hati atau berdasarkan favouritisme?

Mengundi untuk siapa? Adakah mereka fikir Umno-BN sahaja yang layak diundi?

Walaupun mungkin ini sebabnya iklan tersebut dianggap sebagai iklan misteri, berdasarkan warna latar iklan tersebut, iaitu biru dan putih, tidak sukar untuk meneka bahawa “Saya pilih mengundi” itu memang bermaksud mengundi Umno-BN.

“Sudah terang lagi bersuluh” kerana umum mengetahui biru adalah warna rasmi BN. Ditambah pula ada warna putih.

Iklan “Saya pilih kestabilan” turut menampilkan beberapa watak bertutur dalam bahasa Inggeris yang juga menggunakan biru dan putih sebagai warna latar.

Rakyat negara kita kini semakin bijak dan telah “membuka mata”. Gelombang inginkan perubahan dalam kalangan mereka semakin kuat, memuncak dan sukar dibendung.

Bagaimanapun, dari satu segi, “elok juga” iklan-iklan tersebut disiarkan. Lebih kerap lebih baik kerana tekak rakyat akan menjadi loya. Jika tekak rakyat semakin loya, semakin benci mereka pada BN yang terus merayu tanpa rasa malu.

Walaupun kajian terus dibuat dan semuanya dikatakan menyebelahi Umno-BN, Najib masih tidak membubarkan Parlimen. Lebih lucu (seperti cuba menyembunyikan ketakutannya), Najib yang dipersetujui Mahathir mahu menghormati sepenuhnya mandat lima tahun yang diberikan rakyat. Ertinya, PRU13 hanya akan diadakan pada tahun depan – itu pun jika Umno-BN benar-benar berani, menghormati penuh mandat rakyat, dan menepati janji.

2 ulasan:

ju berkata...

Samalah jg iklan air dan letrik baru setahun msk ke kampung. klu orang kampung gn otak berfikir kenapa baru setahun dua letrik dan air smpai ke kampung. kenapa bkn sepuluh duapuluh tahun dl! Iklan ini jg blh menjadi peluru utk matikan kebanggaan puak ini. sudah 54 thn merdeka, baru setahun dua ini org kampung dpt semua ini. Selama 50 thn apa wakil rakyat buat!

UMNO PARTI PENJARA berkata...

(( Take Note )) Anda Tentukan - Rakyat Terengganu Atau Rakyat Selangor Rakyat Terbodoh?..


Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang selesai. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..

Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..