"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Abu Bakar Omar isytihar sokong PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Seorang lagi pelakun terkenal, Abu Bakar Omar menyatakan sikapnya untuk menyokong Pakatan Rakyat khasnya PAS dalam pilihan raya umum akan datang ini.
(Abu Bakar dipakaikan baju T oleh Mohamad Nor dengan diperhatikan oleh Zamri, calon PAS Tititwangsa)
Pelakun lelaki yang terkenal semasa era filem Opah di dalam Tv1 dan Tv3 dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada pru 13 ini.

Abu Bakar telah dipakaikan baju T Zamri Asa'ad, calon PAS Titiwangsa oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Nor dalam satu majlis ceramah malam tadi.

Turut serta di majlis itu adalah Zamri sendiri yang diumumkan sebagai calon PAS di Titiwangsa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Abu Bakar yang berasal dari Titi Gajah, Alor Setar, Kedah terkenal sebagai pelakun yang hebat dan pernah menang beberapa anugerah dalam bidang lakunan.

Tiada ulasan: