"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aishah artis pertama calon parlimen

Zefry Dahalan 
JEMPOL: Penyanyi popular era lewat 80 an dan awal 90 an , Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah ‘Janji Manismu’ mencipta sejarah sebagai artis pertama yang menjadi calon parlimen dalam sejarah pilihan raya negara.
Ini juga membuktikan parti PAS yang selalu digambarkan oleh parti komponen Barisan Nasional kononnya sebagai parti yang ekstrim dan menyekat kebebasan tertentu dengan memperjuangkan undang-undang Islam, sebenarnya lebih bersifat terbuka apabila mencalonkan seorang artis (penyanyi) sebagai calon parlimen Jempol.

Pencalonan Aishah pastikan akan menjadi satu tamparan hebat kepada Umno kerana selepas ini golongan artis akan lebih berpandangan positif terhadap imej PAS yang sebelum ini mungkin dianggap konservatif oleh golongan artis.

Majlis pengumuman calon PAS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 di Negeri Sembilan itu berlangsung malam tadi di Markas PAS Jempol di Batu Kikir.

Selain Aishah turut diumumkan sebagai calon parlimen oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ialah Aiman Athirah Al-Jundi di parlimen Jelebu dan Zakaria Khalim di parlimen Tampin.

Aiman Athirah merupakan Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, manakala Zakaria pula Yang DiPertua PAS Tampin.

Tiga calon parlimen

Ketiga-tiga calon PAS parlimen bertanding untuk kali pertama di kerusi parlimen tersebut walaupun Zakaria pernah bertanding di DUN Gemencheh pada tahun 2004 dan 2008.

Ini bermakna PAS akan bertanding di tiga kerusi daripada lapan kerusi parlimen di Negeri Sembilan.
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani pula mengumumkan calon-calon yang akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mohd Taufek sendiri akan mempertahankan kerusi DUN Paroi. Muka lama yang masih dikekalkan ialah Zulkefly Mohamad Omar yang akan bertanding di DUN Lenggeng, Ramli Ismail di DUN Bagan Pinang dan Zaharudin Othman di DUN Senaling.

Selebihnya PAS Negeri Sembilan menampilkan Dr Rosli Yaakop bertanding di DUN Klawang, muka baru Nor Anif Selamat di DUN Sungai Lui dan Abdul Rahman Ramli di DUN Serting.

PAS Negeri Sembilan juga menurunkan muka baru di Gemencheh iaitu Mohd Noor Yassin, Ghazali Mat Som di DUN Kota dan Kamarul Ridzuan Mohd Zain pula di DUN Chembong.

Dua anak muda
PAS Negeri Sembilan juga mempertaruhkan dua anak muda iaitu Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Wafa di DUN Labu dan Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Norazman Mohamad di Johol.

Antara nama besar yang gugurkan kali ini ialah Yang DiPertua PAS Jelebu, Kateran Marman. FMT difahamkan Kateran sendiri tidak mahu bertanding kali ini kerana faktor usia dan masalah kesihatan.
Berikut senarai penuh calon PRU-13 PAS Negeri Sembilan:

Kerusi Parlimen:
Jempol – Wan Aishah Wan Arifin (Penyanyi / Ahli PAS)
Jelebu – Aiman Athirah Al-Jundi (Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat)
Tampin – Zakaria Khalim (Yang DiPertua PAS Tampin)

Kerusi Dewan Undangan Negeri:
Paroi – Mohd Taufek Abdul Ghani (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan)
Klawang – Dr Rosli Yaakop (Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Sembilan)
Lenggeng – Zulkefly Mohamad Omar (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)
Johol – Norazman Mohamad (Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan)
Labu – Mohd Khairil Anuar Wafa (Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan)
Chembong – Kamarul Ridzuan Mohd Zain (Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Sembilan)
Bagan Pinang – Ramli Ismail (Yang DiPertua PAS Telok Kemang)
Senaling – Zaharudin Othman (Yang DiPertua PAS Kuala Pilah)
Serting – Abdul Rahman Ramli (Yang DiPertua PAS Jempol)
Sungai Lui – Nor Anif Selamat (Timbalan YangDiPertua PAS Jelebu)
Kota – Ghazali Mohd Som (Timbalan Yang DiPertua PAS Seremban)
Gemencheh – Mohd Noor Yassin (Ketua Penerangan PAS Gemencheh)

Tiada ulasan: