"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KANTOI! Reezal Marican SAH Ditolak Orang Umno Kepala Batas!

Blog Jalan Pulang
Baru tersebar di alam siber bagaimana satu posting memaparkan gambar yang pastinya akan membuatkan dua kaum terbesar di Pulau Pinang berantakan.

Mana tidaknya, walaupun kedua-duanya menyokong Umno namun darah dan maruah jadi pertaruhan.

Geng Melayu yang setia dengan pondok dan sekolah agama rupanya tidak sebulu dengan geng 'eee' yang dikatakan sedang melobi kerusi parlimen Kepala Batas yang disandang BEKAS perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi.
Kain rentang yang berbau perkauman ini berada di Kampung Pinang Tunggal yang merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di tebing Sungai Muda, Kepala Batas.

Sebenarnya desas bin desus sudah lama kedengaran di kalangan penduduk setempat kerana Reezal bukanlah orang tempatan malah hanya sibuk di Kuala Lumpur atas urusan perniagaan dan hiburan.

Padahal masyarakat Kepala Batas yang megah dengan kepimpinan ulama semasa zaman datuk dan bapa Abdullah mahukan calon yang jika tidak setara pun sekurang-kurangnya ia mengekalkan kedudukan Kepala Batas sebagai satu daerah yang mengeluarkan banyak ulama besar dulu dan sekarang.

Hemat mereka, jika Reezal yang dicalonkan BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya yang sedang dilanda sindrom GILA (Winnable candidate), bukan saja pondok dan institusinya terancam, malah yang bercambah pasti kelab hiburan dan snuker yang melalaikan umat Islam dari mengerjakan suruhan-Nya.

Malah beberapa maklum balas negatif diperolehi dari sumber dalaman Umno mengatakan mereka berada dalam keadaan serba salah sama ada mahu mengikut saranan bangang Najib Altantuya atau berdepan dengan protes senyap penduduk termasuk kemungkina sabotaj terhadap kempen mereka.

Sebab itulah beberapa rundingan diadakan yang mahu Abdullah dicalonkan sekali lagi namun hasil yang didapati negatif, Pak Lah berhasrat untuk berundur juga setelah menang kali pertama pada 1978 hingga parlimen dibubarkan Rabu lalu.
Sekiranya Reezal tetap dicalonkan dan PAS mewakili Pakatan Rakyat yang sudah pun diumumkan, Afnan Hamimi Taib Azamudden, seorang ahli perniagaan dan perunding motivasi bertembung, sudah pastilah peluang untuk anak muda ini menang dianggap cerah berdasarkan faktor sosial dan sentimen agama yang kuat di parlimen ini.

Adalah mustahil Abdullah tercalon semula memandangkan Najib Altantuya mahukan pemimpin muda dan 'berkelayakan' seperti Reezal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Abdullah.

Umno bahagian kini dalam dilema, letakkan juga Reezal atau cari calon yang boleh menyaingi profil Afnan yang tidak asing bagi penduduk tempatan.

Jika Reezal tercalon juga, jangan lupa berlakon sikit pakai kopiah tu dan rajin-rajinlah dengar tazkirah kat masjid, lepas pilihanraya tak buat pun takpe, janji menang! (falsampah Umno).

Tiada ulasan: