"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sebab Guan Eng pilih Jumaat bubar DUN akhirnya terbongkar! Video sebagai bukti..

AnakSgDerhaka
Pesiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan, beliau memilih tarikh 3 April 2013 untuk membubarkan Parlimen kerana mahu menggenapkan tempoh empat tahun pentadbirannya.

Najib menegaskan, tarikh empat tahun penting bagi sesebuah kerajaan yang memerintah kerana ia membolehkan rakyat menilai keberkesanan dasar transformasi dalam kerajaan, ekonomi, politik dan sosial yang beliau perkenalkan.
Itu adalah apa yang dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO..

Najib seorang pemimpin parti perkauman Melayu yang berugama Islam memilih tarikh 3 April 2013 iaitu hari Rabu lalu untuk menggenapkan tempoh empat tahun pentadbirannya..
Pagi tadi (4 April 2013) Lim Guan Eng menghadap TYT Pulau Pinang bagi memohon pembubaran DUN Pulau Pinang, beliau mencadangkan agar esok (Jumaat) dipilih sebagai hari pembubaran dan diterima oleh TYT Pulau Pinang..

Apahal pulak Guan Eng pilih hari Jumaat yang tarikhnya ialah 5 April 2013 untuk membubarkan DUN Pulau Pinang?

“Saya pilih esok untuk membubarkan DUN Pulau Pinang kerana esok hari Jumaat, penghulu segala hari.”

Tak percaya Guan Eng kata macam tu?.. Tengok video di bawah ni..

Sila lihat videonya di SINI

Tiada ulasan: