"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sinar Harian & Utusan menipu angka kehadiran di Stadium Bukit Jalil

WTKO
Sinar Harian melalui berita rasminya menyebut majlis pelancaran manifesto BN dihadiri lebih 50,000 penyokong BN termasuk barisan pemimpin parti-parti komponen BN yang berdiri bersama Pengerusi BN di atas pentas.
Berita yang sama juga disebut dalam Utusan Malaysia kononnya 50,000 penyokong hadir sedangkan mengikut en.wikipedia.org stadium itu hanya mampu menampung 16,000 orang sahaja.

Sila rujuk

Katakanlah tambah 5000 - 6000 orang lagi di tengah stadium baru boleh memmuat 22,000 orang sahaja.

50,000 suatu angka yang keterlaluan. Kalau nak menipu pun biarlah ada logik akal.

Kalau Utusan menipu itu kita rasa taklah kisah, memang tabiat semulajadi utusan suka buat lawak apa tah lagi hampir pilihan raya.

Yang menyedihkan SINAR HARIAN juga mengikut tabiat buruk utusan.

Paling malang SINAR HARIAN mengubah berita daripada BERNAMA, sedangkan dalam berita rasmi bernama menyatakan 16,000.

Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan SINAR HARIAN malah juga membuatkan seolah-olah BERNAMA juga menipu. Pihak BERNAMA patut mengambil tindakan kepada SINAR HARIAN dalam hal ini.
Sila rujuk di sini untuk berita asal BERNAMA

Manakala SINAR HARIAN menipu menjadikan angka 16,000 kepada 50,000. Sila rujuk di sini
Sinar Harian pun nak jadi lidah syaitan macam Utusan juga. Saya minta orang yang bertanggungjawab dalam Sinar Harian menghukum orang yang membuat kerja onar dan jahat ini agar SINAR HARIAN boleh dipercayai

SINAR HARIAN telah merosakkan reputasinya sebagai sumber berita. Etika kewartawanan telah dicemari oleh sebahagian orang yang mengurus SINAR HARIAN atas dasar 'membesarkan tembolok'.

WARTAWAN dan MEREKA YANG TERBABIT DENGAN KEWARTAWAN harus memastikan UMNO @ BN hancur demi menjadikan dunia kewartawan mulia!!!

1 ulasan:

XUMNO berkata...

Adakah Sinar Harian pula ingin mengambil tempat Utusan Meloya yang dah tak dibeli orang lagi. Kalau Sinar harian rasa2 nak lingkup ikutlah tabiat menipu selalu. Mengikut Bernama, penyokong2 BN datang seawal 6.30petang. Rasanya yang paling ramai ialah orang2 Umno...orang Melayu islam. Maghrib bagaimana?