"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan menyempitkan peluang di Kuala Besut

Muda Mohd. Noor
ANALYSIS
PETALING JAYA: Penamaan calon belum bermula tetapi Pakatan Rakyat mula `bercakaran’ sesama sendiri, mula membuka pekung kerana kesinambungan kuasa yang tidak kesampaian dalam pilihan raya umum ke 13 lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu selepas mesyuarat khas pada Jumaat ini.

Di atas kertas, Kuala Besut merupakan kawasan Barisan Nasional khususnya Umno, tetapi dalam pilihan raya umum tahun 1999 itu kerusi itu dimenangi PAS.

Ini bermakna jika kena strategi termasuk calon yang sesuai PAS boleh merampas semula Kuala Besut yang dikuasai Umno sejak tahun 2004.

Tetapi peluang itu nampaknya bakal terlepas kerana sikap yang saling berbeza antara tiga parti – DAP, PKR dan PAS. Tetapi DAP seolah menyatakan pendirian yang keras itu memboikot pilihan raya kecil Kuala Besut.

PKR dan PAS pula saling berebut kerusi. Kenyataan Timbalan Presiden PR Azmin Ali bahawa Kuala Besut kerusi PKR telah dibidas oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Mustafa Ali.

Masalah domestik ini secara tidak langsung menyebabkan pengundi kurang yakin dengan pembangkang, apatah lagi Besut merupakan kawasan tradisional Melayu yang rata-rata masih berpendapatan rendah.

Konflik ini jika tidak ditangani segera akan terus memusnahkan peluang Pakatan Rakyat di Kuala Besut.

Meski Umno menguasai Besut termasuk Kuala Besut, Pakatan Rakyat khususnya PAS tetap mempunyai peluang. Tidak benar sama sekali mengatakan BN pasti menang di kerusi yang majoriti pengundinya Melayu itu.

Calon terbaik Pakatan Rakyat barangkali Ketua Penerangan Ulama PAS, Nik Zawawi Salleh. Peluang calon PAS itu tetap ada, sekurang-kurangnya memberi saingan sengit kepada Umno.

PAS menang pada 1999

Nik Zawawi pernah menang pada pilihan raya umum tahun 1999 apabila mendapat 4,426 manakala calon Umno Datuk Wan Zakaria Bin Abd Rahman mendapat 3,939 undi, bermakna calon PAS menang dengan majoriti 487 undi.

Hasrat Wanita PKR mahu meletakkan calonnya di Kuala Besut sesuatu yang lucu. PKR tidak mempunyai pengaruh di Besut, hanya meang satu kerusi negeri iaitu Bandar di dalam parlimen Kuala Terengganu.

PKR masih asing kepada orang Besut kerana mereka lebih dekat dengan PAS. Jika Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian meletakkan calon PKR, ia ibarat memberi kerusi secara percuma kepada umno.

Pertarungan kerusi Kuala Besut ialah antara Melayu dan Melayu, PAS lawan Umno. PKR apatah lagi DAP hanya pemain tambahan. Begitu juga dengan MCA mahupun MIC di sebelah Barisan Nasional.

Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Besut nanti boleh merancakkan lagi pilihan raya kecil itu.
Oleh kerana pilihan raya ini sangat penting kepada kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat, strategi adalah motivasi terbaik untuk menang.

Ramalan awal ialah Umno akan mengekalkan kerusi yang ditinggalkan Dr A Rahman Mokhtar itu. Pada PRU13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi itu setelah mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 17 kerusi, PAS menguasai 14 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Tetapi Pakatan Rakyat mahu menebus kekalahan itu.

1 ulasan:

aljo berkata...

Apa yang aku nampak PKR hanya nak menyakat puak2 pas terutamanya di terengganu kerana masalah sebenarnya dimulakan oleh din ayam iaitu ostad cap ayam dari terengganu yang buat kacau perkara yang sama di selangor tempohari.