"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Porno : Pakar Penyamaran Bush, Obama, Arnold, Bill Clinton etc

MaZaShah
Manakan mungkin pelanduk dua serupa! Manakan mungkin grafik canggih mampu menghasilkan video sedemikian! Mustahil! Mustahil" - jerit penyokong tegar tersebut sambil menghisap curut di tangan

Jam menunjukkan 1 pagi waktu 1Malaysia. Aku dikejutkan dengan beberapa SMS, pada mulanya agak terkejut. Selepas 5 minit aku tersenyum. Apa video lucah lagi? Usah gelabah, usah khuathir, usah gusar.

Aku yakin ini adalah senjata terakhir yang mereka ada sebelum Parlimen dibubarkan. Tetapi jangan pula berseronok! Aku secara peribadi yakin, akan ada beberapa video lucah akan beredar di alam maya bagi menjatuhkan kredibiliti parti pembangkang.

Keesokan harinya, aku ditanya beberapa soalan oleh seorang penyokong tegar sebuah parti cap dacing.

"Manakan mungkin pelanduk dua serupa! Manakan mungkin grafik canggih mampu menghasilkan video sedemikian! Mustahil! Mustahil" - jerit penyokong tegar tersebut sambil menghisap curut di tangan.

Aku mula membuka langkah dan bercerita mengenai Steve Bridges? Siapa itu Steve Bridges?

Steve Bridges ialah seorang pelawak, pelakon yang boleh dikategorikan berbakat. Mengapa? Kerana beliau mampu melakukan 'reformasi' fizikal sehingga wajah beliau saling tak tumpah seperti Bill Clinton, G.W. Bush, Barrack Obama dan Arnold Schwarzeneger.

Beliau juga mampu melakukan suara dan lagak gaya yang hampir sama seperti individu yang ditiru beliau. Menarik bukan? Ini bukan perkara baru, ia adalah 'industri lama' di negara barat tetapi mungkin dikategorikan sebagai 'industri baru' bagi Malaysia.

Tidak perlu pelanduk dua serupa, tidak perlu grafik yang canggih. Apa yang diperlukan hanyalah 'solekan'. Sentuhan 'solekan' yang halus mampu menghasilkan apa sahaja.

Sambil membuka Galaxy Note aku, aku menunjukkan beberapa wajah Steve Bridges seperti berikut :-

Selepas melihat beberapa keping gambar, penyokong dacing tersebut terdiam dan tergamam. Beliau terus bangun dari kerusi dan berkata "Tapi Pakatan bela Cina!". Aku terus diam membisu, di dalam hatiku, aku hanya mampu berkata "Umgok tetap umgok dulu kini selamanya".
Steve Bridges
Ini bukan Obama, ini Steve Bridges
Ini juga Steve Briges
Sama tapi tak serupa! Ini Steve Briges
Di solek menjadi Bush, ini Steve Bridges

Tiada ulasan: