"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ulasan Dr. Kevin Mengenai Keadaan Mesir Terkini

Dr Kevin Barratt
Presiden Mesir, Mohamed Morsi telah jatuh melalui kudeta tentera. Kejatuhan Morsi menandakan gagalnya strategi Ikhwan Muslim bersekongkol dengan imperialis Barat.
Tiada siapa yang menafikan bahawa majoriti rakyat Mesir mahu urus tadbir Islam. Tiada siapa yang menafikan Presiden Morsi memenangi buat pertama kalinya, melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Namun pihak elit sekular yang disokong imperialis Barat tidak bersedia untuk demokrasi sebenar. Mereka tidak bersedia untuk menerima keputusan pilihan raya yang bebas dan adil. Jadi dengan bantuan imperialis Barat, mereka memusnahkan ekonomi Mesir, seterusnya menunding jari menyalahkan Morsi, menipu orang muda yang mudah terpengaruh untuk membanjiri jalanraya, akhirnya mencipta sebuah kudeta tentera.

Rampasan kuasa anti-Morsi telah mencekik demokrasi Mesir yang masih dalam buaian.

Ia juga mungkin berakhirnya percubaan Ikhwan Muslimin untuk mengIslamkan masyarakat Mesir manakala selebihnya Ikhwan Muslimin masih mengikut kehendak imperialis Barat.

Morsi dan Ikhwan Muslimin telah membuat kesilapan yang dahsyat dengan menjalin kerjasama dengan imperialis Barat dan boneka serantau. Ikhwan telah menjadi alat imperialis Barat dan Zionis, yang bertujuan untuk membahagi dan menakluk Timur Tengah dengan cara mencetus perang saudara antara mazhab Sunni dan Syiah. Syeikh Yusuf al-Qaradawi, intelektual Ikhwan yang dihormati, telah memalukan dirinya sendiri apabila menjadi jurucakap Zionis-menghasut rakyat Arab membantu golongan takfiri yang amat anti-Syiah.
Mungkin Presiden Morsi berfikir jika beliau mengikut telunjuk imperialis Barat seperti terlibat berperang di Syria, menjaga sempadan Gaza agar terus ditutup, mengekalkan perjanjian Camp David, terus memperhambakan orang Mesir kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan membiarkan Tentera Mesir untuk terus memerintah seperti yang berlaku di bawah Mubarak, maka kemungkinan besar dia akan dibenarkan untuk menambah sedikit sebanyak undang-undang Syariah dalam perundangan Mesir.

Sebenarnya itu adalah perjanjian syaitan ketika diawal pemerintahan, dan syaitan sekali-kali tidak pernah memegang janji terhadap tawarannya yang telah diterima.

Presiden Morsi dan Ikhwan Muslimin perlu berpatah balik dan mengkaji karya-karya Ayatollah Ruhollah Khomeini, bapa kepada kebangkitan politik Islam yang menggoncang dunia.

Pertama: Ayatollah Khomeini menegaskan bahawa tidak ada ruang untuk sektarian dalam kebangkitan Islam. Umat ​​Islam adalah umat yang satu, sama ada mereka mengikut Hanafi, Maliki, Hanbali, Shafie atau Ja'fari.

Ikhwan Muslim perlu berhenti mempropagandakan sektarianisme, dan mesti berani bangun untuk perpaduan Islam.

Kedua, Ayatollah Khomeini memahamkan kepada semua umat Islam bahawa mereka mempunyai tanggungjawab moral untuk berdamping dengan golongan tertindas di seluruh dunia yang disebutnya sebagai "golongan mustadz'afin" - dalam perjuangan menentang musuh-musuh mereka yang dinyatakan sebagai “golongan mustakbirin”. Perjuangan menentang imperialisme, apartheid, Zionisme, keganasan, dan semua bentuk perkauman sempit serta ketidakadilan adalah perjuangan semua umat Islam.

Ikhwan Muslim perlu berhenti mengikut telunjuk pemerintah dunia yang zalim, samada pihak imperialis Barat, Arab Saudi atau Qatar, sebaliknya mesti menyertai perjuangan di seluruh dunia dalam menentang eksploitasi dan ketidakadilan.

Ketiga, Ayatollah Khomeini menegaskan bahawa revolusi Islam sebenar perlu menumbangkan rejim lama dan wajib membebaskan diri secara sempurna darpada pihak imperialis Barat. Semua diktator boneka Barat, seperti Shah Iran - terutama pemimpin tentera - amat perlu dikeluarkan daripada kuasa atau diberi pendidikan semula. Paling penting bagi beliau institusi imperialis seperti IMF perlu dibuang jauh dari Iran.

Ikhwan Muslim perlu sedar bahawa ia mesti berjuang untuk revolusi Islam yang lengkap, termasuk menghapuskan semua boneka imperialis Barat dari kuasa dan memutuskan ikatan yang dikenakan oleh bank-bank imperialis Barat, jika ia berusaha mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang diimpikan oleh majoriti rakyat Mesir. Ikhwan Muslimin tidaklah boleh hanya memenangi pilihan raya, sedangkan kuasa sebenar Mesir kekal ditangan tentera yang menjadi boneka imperialis Barat, jika perkara itu tidak dipedulikan maka ia seolah-olah tidak melakukan apa-apa.

Ikhwan Muslim perlu melihat kejadian pada kali ini sebagai satu peluang untuk merenung kesilapan yang dilakukannya.

Kesilapan terbesar adalah keengganan untuk menyertai kelompok muqawamah - iaitu pakatan Hamas-Hizbullah-Syria-Iran yang menentang Zionis dan kuasa imperialis, yang telah memperlihatkan kejayaan yang agak ketara.

Sekarang adalah masa untuk celik dari kebutaan.

Apakah kudeta terhadap Presiden Morsi akan membantu menyedarkan Ikhwan Muslimin?

Adakah Ikhwan memutuskan untuk mengambil jalan yang baru – iaitu jalan perpaduan Islam dan revolusi Islam sebenar yang telah dilakukan 34 tahun yang lalu oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini?

Link tulisan Dr. Kevin Barrett klik di sini
_____
Dr. Kevin Barrett, a Ph.D. Arabist-Islamologist, is one of America's best-known critics of the War on Terror. Dr. Barrett has appeared many times on Fox, CNN, PBS and other broadcast outlets, and has inspired feature stories and op-eds in the New York Times, the Christian Science Monitor, the Chicago Tribune, and other leading publications. Dr. Barrett has taught at colleges and universities in San Francisco, Paris, and Wisconsin, where he ran for Congress in 2008. He is the co-founder of the Muslim-Christian-Jewish Alliance, and author of the books Truth Jihad: My Epic Struggle Against the 9/11 Big Lie (2007) and Questioning the War on Terror: A Primer for Obama Voters (2009). His website is www.truthjihad.com

Tiada ulasan: