"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Timbalan Menteri… meh nak tunjukkan Honda BRIO

laniismaa
Kia_RIO
Kia Rio Honda Rio dan Honda Brio. Kita baca dahulu kata-kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri…
Honda_BRIO1
“Ingin saya maklumkan bahawa harga kereta bagi enjin 1.3 liter di Malaysia adalah yang terendah di negara Asean jika dibanding dengan Thailand dan Indonesia.

“(Kereta) Perodua Myvi dan Proton Saga, masing-masing dijual dengan harga RM45,000 ribu dan RM33,888 berbanding dengan model Honda Rio di Indonesia dan Thailand yang berharga RM47,000 ribu,” katanya. – Malaysiakini

Pertamanya kita ingin bertanya kerana beliau orang kuat perdagangan antarabangsa dan industri. Sejak bila Honda dan Kia berpakat mengeluarkan kereta yang sama Honda Rio dan KIA Rio?

Sebagaimana yang kita tahu Rio hanya nama kereta keluaran KIA seperti gambar di atas. Honda mengeluarkan kereta mereka iaitu Honda BRIO dan tak ada kereta Honda Rio.

Beliau membuat perbandingan Myvi – RM45 000, Saga – RM33 888 dan Honda BRIO – RM47 000. Lihat gambar Honda BRIO di bawah,
Honda_BRIO
Agak-agaknya kalau Honda BRIO dijual di Malaysia dengan harga RM47 000, agak-agaknya kereta mana yang menjadi pilihan pembeli…

Tiada ulasan: