"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mimpi ngeri di siang: Kebenaran menyakitkan hidup dengan GST

Candy Jiang
Semasa TPM kita berkias-kias tentang kebenaran menyakitkan dan dusta yang indah, rakyat Malaysia kebanyakan sedang bergelut dengan kenyataan hidup di bawah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Dan kebenarannya adalah, seperti kata Muhyiddin, menyakitkan.
Walaupun ramai pegawai-pegawai telah mencuba sehabis baik untuk memperbaiki reputasi GST sebelum pelancarannya, kehidupan di Malaysia pada hari ini tidak indah. Tanya sahaja pada Ahli Parlimen Sepanggar, Jumat Idris.
Dalam sebuah coretan Facebook bertarikh 18 April, beliau berkata beliau akhirnya memahami nasib rakyat mengenai GST. Beliau kemudian berkongsi pengalaman peribadinya mengenai kos hospital yang lebih tinggi disebabkan GST. Anaknya baru-baru ini dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan saraf yang bernilai RM20,000, tidak termasuk RM1,200 untuk GST.

Beliau mengakhiri coretan itu dengan menyatakan yang “Bulan mei ni kena berteriak kat parlimen pula”.

Jadi kelihatannya, tanggapan rakyat tentang GST akan berubah apabila ia melibatkan mereka.

Mungkin rakyat Malaysia tidak akan banyak mengadu mengenai GST jika pelaksanaannya tidak begitu kucar-kacir. Tetapi seperti yang kita tahu, beberapa minggu pertama bulan April telah menjadi begitu huru-hara, disebabkan sikap acuh tak acuh pihak berkuasa, yang gagal untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan GST.

Minggu pertama didominasi oleh kekecohan mengenai tambah nilai prabayar, apabila syarikat-syarikat telekomunikasi dan kerajaan tidak bersetuju mengenai tindakan mengenakan pengguna caj GST 6 peratus. Mereka terus mengeluarkan kenyataan dan komen yang bercanggah setiap hari, dan ia hanya mengelirukan kekeliruan umum, menjadikan keadaan lebih buruk.
Kemudian isu caj perkhidmatan meletus apabila pelanggan membuat keputusan untuk tidak membayar caj 10 peratus yang dikenakan oleh restoran-restoran. Kebanyakan memetik pengumuman Ahmad Maslan pada 28 Februari, di mana beliau memaklumkan orang ramai bahawa "anda tidak perlu membayar caj perkhidmatan 10 peratus jika perkhidmatan mereka tidak memuaskan hati".

Ini tidak diterima baik pengusaha-pengusaha restoran dan hotel dan selepas mengadakan pertemuan dengan kerajaan, ia telah diputuskan bahawa caj perkhidmatan 10 peratus akan dikekalkan.

Kita mungkin sebenarnya membayar lebih kini, jika GST dikenakan ke atas bayaran perkhidmatan dan juga jumlah bil. Sebelum ini, kita telah pun dikenakan sebanyak 16 peratus (caj perkhidmatan 10 peratus 6 peratus cukai kerajaan) daripada jumlah bil.

Siapa kata GST membawa penjimatan kos kepada rakyat.

Bagaimanakah rakyat Malaysia dapat terjaga dari mimpi ngeri di siang hari ini?

Atau adakah kebenarannya terlalu menyakitkan untuk kita tanggung, sehingga kita sanggup mendengar lebih banyak 'dusta indah', yang memberitahu kita bahawa segala-galanya baik-baik saja?
-theantdaily-

1 ulasan:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Dalam tempoh berapa minggu GST dilaksanakan, aku dah bayar RM121.67. Maknanya aku akan kena tangung lebihan bayaran sebanyak RM150 setiap bulan. Inilah yang dikatakan oleh Ahmad Maslan bila GST dilaksanakan harga barang akan turun dan orang kaya sahaja yang bayar. Tapi aku yang pendapatan cukup makan ni pulak yang kena bayar.