"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bukan tsunami Melayu, tapi tsunami rakyat - Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff SHAH ALAM: Penganalisis politik berpendapat sekiranya sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak ditambah baik dari segi pelaksanaannya, maka tidak mustahil BN akan berdepan ‘tsunami rakyat’.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, BN selama ini dapat bertahan kerana kehebatan dasarnya.

“Dalam politik, selama ini BN boleh bertahan biarpun menghadapi banyak isu ialah kerana ia menjaga kesejahteraan kehidupan rakyat. Di sinilah hebatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Hebatnya Mahathir beliau tidak usik perut rakyat, manakala GST mengusik perut rakyat.

“Manakala pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, mengusik perut rakyat. Jika ini tidak diatasi segera, PRU 14 nanti, yang berlaku bukanlah tsunami Melayu, tetapi tsunami rakyat,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang dipetik sebagai berkata, Najib diramal berdepan tsunami Melayu susulan dasar-dasar pentadbirannya, seperti perlaksanaan GST, menimbulkan kemarahan Melayu.

Oleh itu katanya bagi mengelak perkara tersebut, Najib perlu ‘merawat’ segera pelaksanaan GST.

“Pentadbiran Najib perlu lakukan ‘pengubahsuaian’ GST dengan segera. Kaedah penerangan perlu diubah!,” tegasnya.
-sinarharian-

Tiada ulasan: