"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nenek bakal berdepan hukuman tembak

FMT Reporters
granny-death-rowSelepas dua warga Australia ditembak mati pada Rabu, seorang warga Britain, Lindsay Sandiford kini menunggu masa untuk menjalani hukuman yang sama.
PETALING JAYA: Seorang nenek warga Britain pasrah untuk menerima hukuman tembak sampai mati selepas usahanya mendapat rayuan atas kesalahan penyeludupan kokain di Indonesia tidak berhasil.

Lindsay Sandiford, 58, berada dalam senarai menjalani hukuman mati selepas didapati bersalah menyeludup kokain bernilai RM 8.5 juta mealui Pulau Bali pada 2012.

“Saya ingin melepasinya. Saya rasa seperti putus asa,” katanya yang dipetik dari Portal Daily Mail UK.

Sandiford yang berasal dari Cheltenham mendakwa terpaksa menyeludup bahan berkenaan bagi melindungi anaknya.

Usahanya mendapat rayuan tidak kesampaian selepas kerajaan Britain menolak untuk membayar yuran guaman bagi proses berkenaan.

Dia membuat kenyataan berkenaan selepas teman sepenjaranya, Andrew Chan, 31, dan Myuran Sukumaran, 33, menjalani hukuman mati pada awal Rabu.

Menurut Sandford, dia amat mengkagumi Andrew kerana banyak membantunya dan banduan lain yang memerlukan bantuan ketika berada dalam penjara.

“Jantung penjara ini telah pergi. Dia mengendalikan pelbagai projek pemulihan. Sekiranya tanpa mereka kita tidak akan ada bekalan air di blok penjara, kelas lukisan, memasak dan komputer,” luahnya.

Menurut Sandiford, di saat-saat akhir sebelum dipindahkan ke pulau khas untuk menjalani hukuman tembak, Chan meluahkan kata-kata terakhir kepadanya.

“Saya tidak takut untuk mati tetapi saya takut ketika berdepan dengan kematian. Saya takut dengan peluru dan saya takut sekiranya saya lambat mati,” luahnya.
-fmt-

Tiada ulasan: