"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DAP bukan penghalang hudud – Salahuddin Ayub

Tranungkite

IPOH 26 April:Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyifatkan DAP bukan penghalang kepada pelaksanaan hudud, sebalik­nya parti itu hanya ‘bermain politik di persada akhbar' kerana tidak boleh sebulu dengan MCA dan Ge­rakan.

Katanya, bidang kuasa negeri hanya membenarkan pindaan enakmen dalam Dewan Undangan Ne­­geri, namun dua penghalang utama ke arah pelaksanaan hudud ialah Akta 355 dan Artikel 76A Perlembagaan Persekutuan.
"Bukan DAP yang menghalang hudud, DAP hanya bermain politik di persada akhbar tetapi dia tidak boleh tahan dengan MCA dan Gerakan. Pada hari pertama kita tahaluf dengan DAP pun, kalau mereka tidak setuju dengan negara Islam, apa boleh kita buat?

"Namun, kita tetap pertahan agenda parti kerana ini perjua­ngan Pas. Yang menjadikan UMNO sakit hati sangat dengan DAP ialah mereka telah ‘bunuh' MCA, MIC dan Gerakan sehingga menyebabkannya tempang," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Gopeng Ke-27, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan, kawasan majoriti penduduk Melayu yang terdedah kepada kuliah-kuliah agama, adalah lebih cepat untuk mendapat soko­ngan Pas berbanding di pe­nempatan Felda.

Mengambil contoh kawasan Subang, Shah Alam dan Bangi di Se­langor, Salahuddin yang juga Pengerusi Post Mortem Pas bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berkata, undi parti tersebut telah meningkat de­ngan cepat.

"Kita berjaya meningkatkan kemenangan sehingga 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan tidak menafikan undi kaum Cina dan India apabila kita bersama-sama pakatan pembangkang," katanya.

Tiada ulasan: