"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tisha terima komen lucah gara-gara foto seksi (Gambar)

Tisha
Kuala Lumpur: Pelakon Gerak Khas, Tisha Shamsir, menerima banyak komen berbaur lucah selepas memuat naik gambarnya sendiri dalam keadaan seksi di laman Instagram.

Gambar tersebut menunjukkan Tisha yang hanya memakai seluar pendek dan baju seakan spaghetti strap yang berwarna hitam dalam keadaan sambil berbaring di sofa.

Komen-komen tersebut ditinggalkan di laman Instagram pelakon itu.

Rata-ratanya meninggalkan komen berbaur ghairah dek kerana aksi santai Tisha. Ada juga yang menegur pelakon itu agar memadamkan gambar tersebut.

Tak kurang ada juga yang mengatakan Tisha sengaja memuatnaik gambar tersebut untuk meraih publisiti murahan.

Tindakan Tisha itu juga disifatkan sebagai kurang manis, apatahl agi dia cukup dikenali menerusi Gerak Khas yang membawa imej sebagai seorang pegawai polis.
kualalumpurpost

Tiada ulasan: