"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 lelaki mengaku tak bersalah tetak wanita (Gambar)

Seremban: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana terbabit dalam kejadian menetak seorang wanita menggunakan parang di Taman PD Utama, Port Dickson, Khamis lalu.

K Saravanan, 26, yang juga suami mangsa, serta Ahamad Mohd Latif, 23, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun, selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa dengan sengaja mencederakan mangsa, D Megala, 24, menggunakan parang dengan niat atau pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Baca: Video wanita ditetak 2 lelaki jadi viral

Kamarudin menetapkan sebutan semula kes pada 13 November ini.
Kes tetak-
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kejadian ini mendapat perhatian apabila menjadi viral dalam laman sosial, tetapi polis menasihat orang ramai supaya tidak menyebarkan video kejadian itu kerana boleh mengganggu emosi mangsa.
-BH Online-

Tiada ulasan: