"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tajudin Rahman perlu digugur dari jawatan Timbalan Menteri

Mahfuz Omar
1. Kenyataan Dato'Tajudin Abd. Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno yang hendak menampar Cina Malaysia sesuatu yang sangat memalukan. Apakah ini sikap seorang Timbalan Menteri dan pemimpin Umno atau beliau sebagai samseng kampung dusun?

2. Saya mahu mengigatkan Tajudin, beliau boleh menegur Duta Besar Cina ke Malaysia dan menuntut beliau meminta maaf jika didapati tindakan beliau itu merupakan campurtangan dalam negara Malaysia.

Tindakan Tajudin hendak menampar Cina Malaysia seolah-olah negara Malaysia mengamalkan undang undang zaman purba dan mengambil alih tugas Polis. Buat Tajudin juga, saya mahu mengingatkan ini bukan zaman raja bersiong.

3. Bertuahnya Tajudin kerana orang Melayu tidak menampar Tajudin dalam kes "six milion dollar man". Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum mendukung politik matang dengan akal bukannya di kepala lutut. Politik matang dan politik ilmu menawan akal budi bukannya mengancam fizikal dengan ancaman tindakan menampar.

4. Tajudin perlu meminta maaf terhadap masyarakat kaum Cina Malaysia dan rakyat seluruhnya, jelas rakaman yang didengar daripada sidang media beliau sangat jelas perkataan yang diungkapkan ; "Sikit-sikit mengadu supaya ada orang yang lindungi mereka. Nak kena lempang?". Jika beliau merasakan tidak boleh lagi mendukung politik matang sewajarnya secara terhormat melepaskan jawatan Timbalan Menteri. Malaysia tidak memerlukan ahli politik seperti Tajudin. Kepada rakyat Malaysia saya menyeru marilah kita hidup di negara bertuah ini bagaikan satu keluarga besar Malaysia walaupun kita berbeza anutan agama, warna kulit dan fahaman politik. Katakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah.

Politik matang, kehidupan berkat Negara selamat.

Tiada ulasan: