"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak Kembar Dari Bapa Berlainan (Gambar)

Misteri sains dan alam adalah sesuatu yang sering kali membuat kita terfikir betapa hebat dan besarnya kuasa Tuhan. Mungkin itu gambaran yang paling tepat untuk kisah yang dipaparkan ini. Seorang wanita di New Jersey, Amerika Syarikat, terkejut besar apabila diberitahu anak kembarnya mempunyai bapa yang berlainan.

Kejanggalan biologi itu dipanggil superfecundation, dan dilaporkan hanya berlaku satu dalam 13,000 kes kelahiran kembar. Statistik tepat bagaimanapun tidak diketahui.

Wanita yang dirahsiakan identiti itu pada mulanya memohon perintah mahkamah untuk nafkah anak kembarnya daripada seorang lelaki. Namun hasil ujian DNA ke atas seorang daripada dua bayi perempuan itu menunjukkan bayi berkenaan bukan anak lelaki tersebut.

Selepas disoal, wanita itu mengaku meniduri dua lelaki dalam tempoh seminggu.

Pakar Obstetrik di Hospital Mount Sinai di New York menjelaskan, biarpun pelik, kes seperti ini biasa berlaku namun jarang diketahui kerana ketiadaan sebab untuk melakukan ujian DNA dan paterniti.

Situasi ini berlaku memandangkan telur wanita punya jangka hayat sehingga 48 jam dan sperma lelaki mampu hidup sehingga 10 hari, sekaligus membolehkan persenyawaan berlaku walaupun membabitkan dua lelaki berlainan.
-Astro Awani-

1 ulasan:

Pak Beny Sutomo berkata...

Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.