"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan Jamal Jamban kerana kes senjata api

Pihak polis menahan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berhubung satu kes membabitkan senjata api.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata Jamal ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, kira-kira jam 1.15 petang tadi.

"Suspek sekarang masih ditahan di hospital tersebut kerana sedang menjalani rawatan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mazlan terdapat beberapa lagi kes berkaitan Jamal sedang di siasat, di samping dua waran tangkap yang akan disempurnakan setelah saspek menjalani rawatan di hospital berkenaan.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan tangkapan itu dibuat susulan satu laporan polis yang diterima pada 12 Mei lalu, oleh anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kuala Langat.

Pengadu mendakwa melihat beberapa keping gambar menunjukkan Jamal menyelitkan senjata api di pinggangnya di tempat awam yang dipercayai bertujuan menakut-nakutkan orang awam.

Dalam laporannya, pengadu meminta polis menyiasat perbuatan Jamal itu dan menarik lesen senjata api sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960.

Tiada ulasan: