"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Jawapan tertangguh misteri kematian Altantuya mesti didedah

Seorang lagi anggota parlimen kerajaan menyatakan sokongan supaya siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuka semula.

Menurut Hanipa Maidin langkah berkenaan wajar diambil demi menegakkan keadilan di negara ini.

Lebih daripada itu anggota parlimen Sepang dari Parti Amanah Negara berkenaan menyatakan, ada beberapa isu "misteri" yang melatari siasatan serta perbicaraan kes berkenaan.

"Kenapa ada OKT (orang kena tuduh) diberi jaminan sebelum bicara bagi kes seserius itu?

"Mengapa peguam negara tidak membuat rayuan selepas OKT tersebut dibebaskan di akhir perbicaraan?

"Mengapa hakim yang agak junior ditugaskan mendengar kes berkenaan?

"Siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya dan mengapa dia dibunuh?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Altantuya ialah wanita Mongolia yang mempunyai hubungan dengan salah seorang individu dipercayai Datuk Seri Najib Razak suatu ketika dulu.

Lakukan demi keadilan

Dia dibunuh pada 18 Okt 2006 dan tiga orang dihadapkan ke mahkamat atas insiden berkenaan. Dua daripada mereka ialah anggota polis (ketika itu) Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Konstabel Sirul Azhar Umar yang dituduh membunuh Altantuya.

Seorang lagi ialah Abdul Razak Abdullah Baginda yang dikenali sebagai penganalisis keselamatan dan politik yang senada dengan pendirian kerajaan.

Abdul Razak - dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu - juga diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, iaitu perdana menteri keenam Malaysia.

Azilah dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan membunuh dan dihukum mati, manakala Abdul Razak dibebaskan.

Kejatuhan kerajaan BN di tangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada PRU lalu mendorong pelbagai pihak mendesak kerajaan membuka semula fail siasatan kes itu.

Kata Hanipa beliau pernah membangkitkan isu sikap peguam negara yang tidak membuat rayuan apabila Abdul Razak dibebaskan daripada kesalahan berkenaan.

Selain itu Hanipa berkata kes pembunuhan Altantuya menarik perhatian dunia dan pada masa sama memalukan Malaysia, selain menjatuhkan integriti pelaksanaan undang-undang negara.

"Justeru, demi keadilan tragedi berkenaan perlu didedahkan sewajarnya," kata Hanipa.
-malaysiakini

Tiada ulasan: