"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis kesan pemandu BMW langgar lari penunggang motosikal

Dewi Nur Harasha Alias
Tangkap layar rakaman video kejadian langgar lari membabitkan pemandu sebuah kereta jenis BMW. - Gambar/ Media sosial
BUTTERWORTH: Polis mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini dalam kejadian langgar lari, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata siasatan awal mendapati alamat pemandu tersebut di Perak dan Johor.

"Usaha mengesan pemandu kereta tersebut giat dijalankan dan kami meminta bantuan polis di kedua-dua negeri tersebut," katanya di sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial rakaman video kamera papan pemuka memaparkan seorang penunggang motosikal wanita terjatuh selepas dilanggar kereta BMW sebelum pemandunya meninggalkan mangsa, dalam kejadian pada 8.45 pagi

Mangsa dalam insiden itu dikatakan mengalami cedera di kaki dan rahang.

Tiada ulasan: