"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB Kedah keturunan Cina dari Shanghai?, pening walaun mikir

Walaun dah pening, rupanya MB Kedah keturunan Cina dari Shanghai

Harapandaily

Tular sedutan ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengundang sindiran kemungkinan penyokong tegar Pas atau digelar walaun boleh jadi pening.

Ketika Pas seolah-olah alergik dengan apa sahaja berkaitan Cina serta bendera China, lain pula jadinya apabila tiba musim perayaan sambutan Tahun Baharu Cina.

Semasa kempen pilihan raya lalu, Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat lantang di pentas apabila menyentuh isu berkaitan Cina.

“Hang bodoh! Negeri ini diorang dah ambik dah!” jerkahnya sambil laju menepuk sekali mikrofon.

Walau bagaimanapun, intonasi Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang meraih undian tertinggi dalam pemilihan parti pada 2023 itu sudah berubah lunak apabila berada di Tahun Baharu Cina.

Sanusi sambil menatap skrip membuat pengakuan mengenai jalur keturunannya yang dilihat bercanggah dengan sikap lantang Pas sebelum ini terhadap kaum Cina.

“Ramai tidak tahu saya sendiri ada darah keturunan Cina dari sebelah ayah.

“Datuk saya berasal dari Shanghai Tanah Besar China,” katanya.

Rata-rata meluahkan rasa lucu dengan pengakuan Sanusi itu termasuk bertanyakan dari segi apa pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan mewarisi keturunan Cina.

Malah, ada yang berseloroh kemungkinan muncul pengakuan kononnya keturunan pelakon popular India, Rajinikanth semasa sambutan Deepavali nanti.

Dalam masa sama, warganet berpendapat pengakuan Sanusi itu disifatkan tidak akan menjentik hati pengundi Cina untuk memilih Pas dan blok PN pada pilihan raya akan datang.

Tiada ulasan: