"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri

FMT Reporters

Dua warga Indonesia disyaki menikam bapa dan anaknya guna besi mengangkat tandan kelapa sawit.
Ketua Polis Beluran Hasan Majid, berkata suspek turut melarikan sebuah pacuan empat roda, telefon bimbit, dan dompet majikan mereka.
PETALING JAYA: Bapa dan anak parah ditikam dalam kejadian samun dilakukan pekerja sendiri di sebuah kebun persendirian, di Kampung Napagang Entilibon, Beluran, Sabah.

Kejadian sekitar 3 petang semalam, lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dipercayai ditikam besi mengangkat tandan kelapa sawit.


Ketua Polis Beluran Hasan Majid, berkata kedua-dua cedera di bahagian kepala, badan, belakang badan, lengan, dan paha akibat tikaman itu.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, kedua-dua mangsa dicederakan pekerja mereka sendiri sebelum bertindak melarikan diri bersama barangan mangsa,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, dua suspek warga Indonesia dikenali Anuar berusia 40-an dan Saril berusia 20-an sedang dikesan.

“Dalam kejadian itu, kedua-dua suspek bertindak melarikan bersama sebuah pacuan empat roda milik mangsa, barang peribadi milik mangsa termasuk dokumen penting, telefon bimbit dan dompet,” katanya.

Hasan berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda serta sebat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek ini diminta tampil untuk menyalurkan maklumat dengan berhubung terus ke Balai Polis Tongod untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tiada ulasan: